Isnin, 29 September 2008

HITAM PUTIH KEHIDUPAN


Salam perkenalan,
Dah lama aku register blogspot aku ni. tapi tak tahu nak isi ape. sebelum ni aku sibuk dengan website yang satu lagi tu. bila aku tengok officemate aku dah mula blogging nie aku pun update ler semula blog aku yang tertinggal sepi ni.
Aku lahir pada 29 MAC 1978 di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bharu dalam keadaan yang sangat lemah. tak tahu kenapa aku tak pernah disusui emak. katanye kalau dilihat dari keadaan semasa aku lahir dulu tak pernah dia sangka aku akan membesar sebegini rupa. dan sampai sekarang pun walaupun aku ni nampak happy go lucky tapi batinnye ni Allah saje yang tahu.
Aku anak sulung dari 12 orang adik beradik seibu-sebapa plus 2 orang lagi adik beradik sebapa. so semuanye 14 orang. yang untung adik2 sebapa aku, dorang ade adik beradik seibu, sebapa and seibu sebapa total 17 orang..ya Allah ramainyer....namun begitu kami bukan ler keluarga yang sempurna. tau-tau je ler bila dah ramai2 ni ader je masalahnyer. oleh kerana itu aku berazam akan mempunyai keluarga kecil yang bahagia bersama orang yang menyayangi aku lebih dari ibubapa sendiri. mungkin niat aku termakbul agaknye..5 tahun melayari alam rumahtangga baru kini aku punyai seorang anak. anak yang mengajar erti kesabaran dan rasa tanggungjawab untuk memupuk dan memberi cahaya dalam kehidupan kami, suami isteri.
Iniler coretan HITAM PUTIH kehidupanku sebagai seorang isteri dan ibu, serta sedikit peranan sebagai kakak kepada 4 orang adik2 yang menerima aku seadanye.....

Tiada ulasan: