Rabu, 10 Disember 2008

MENYUSURI JONKER WALK, BANDA HILIR


Tarikh : 06 Dec 2008

Lokasi : Jonker Walk , Banda Hilir, Melaka. Jonker Walk mempunyai deretan kedai barangan antik yang memukau perhatian kami. maklum ler hubby memang minat sangat barang2 antik ni. barangan antik disini terkenal dengan penjagaannye yang rapi serta harganye yang berpatutan. kita boleh mencari sesuatu dari masa lampau seperti koleksi kipas dekoratif, kraftangan dan bakul bertingkat Baba.

Bila berada di Melaka, jangan lupa untuk membeli cenderahati. Rugi sekiranya melawat tempat yang menarik tanpa membawa balik sebarang kenangan yang boleh disentuh dan boleh diceritakan kepada yang lain. Kata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkataan. Jadi, berapa banyak yang boleh cenderahati itu ceritakan? Mungkin lebih banyak dari yang disangkakan?

Tiada ulasan: