Khamis, 26 Februari 2009

MEKAR SETAMAN


Entry kali nie khas untuk Kak Fzi. kak fzi ni peminat orkid. boleh dikatakan pakar lah tentang orkid ni. aku pun suka tengok orkid yang dia tanam kat http://seri-orkid.blogspot.com..

sejak kecil lagi aku suka tanam pokok bunga, mungkin menurun hobi mak ngan abah agaknye. aku memang suka tengok pokok berbunga tak kiralah bunga apa pun. yang penting bunga waima bunga tahi ayam pun cantik dimata aku . masa mula-mula masuk ke rumah yang aku duduki sekarang nie, aku bolehlah dikategorikan sebagai 'RAJIN' menanam pokok. hubby pun suka melayan. bila balik kampung hubby, habis pasu-pasu bunga peninggalan arwah mak mertua aku, kami kebas bawak balik ke pasir gudang (bapak mertua aku yang suruh angkut daaa).


kebetulan masa tu aku belum ada Syahir lagi. so banyak masa dihabiskan dengan mengadap pokok-pokok tu. tapi sayangnyerr aku tak berapa arif sangat (malas sebenarnyer) tentang nisbah penggunaan tanah, pakai tibai je. paling mudah aku beli jer tanah kompos. lepas masukkan dalam pasu tanam pokok. macam tu lah kebiasaannyer. tapi tanah tu mahal juga, so kadang-kadang hubby carikan tanah bakar kat mana-mana ntah untuk kegunaan aku.

benih orkid pulak aku beli di GIANT plentong dan pasar tani di PUSAT BANDAR pasir gudang.masa tu aku tak tahu apa-apa pun tentang orkid. family pun tak pernah tanam orkid. mak suka bunga ros, abah pulak suka pokok bonsai so memang takde tanam orkid pun. cuma aku sorang yang suka orkid, itupun kerana tempat kerja lama aku ada tanam orkid. dulu aku kerja di TANJUNG PUTERI golf resort. tempat aku selalu 'berkeliaran' ada berbagai jenis orkid. memang syok bila tengok semua pokok orkid tu berbunga.

walaupun aku suka 'bercucuktanam', tak semuanya menjadi. orang kata tangan aku nie 'panas'.
hinggakan pokok yang aku beli dalam keadaan segar bugar boleh kering kat tangan aku. hubby pulak kata semua baja yang aku tabur kat pokok-pokok tu dapat kat aku..mana taknyer pokok-pokok tu kurus je tapi tuannyer yang semakin hari semakin 'sihat' walafiat. hik..hik..sekarang ni dah setahun aku tak buat kerja-kerja kat laman, hubby jer yang rajin tolong kemaskan mana yang patut. setiap kali aku tengok taman yang tak semenggah tu aku akan kata nanti bila syahir pandai jalan je baru boleh tanam pokok lagi..hubby pulak akan kata "yelah yanggggg"
tak semangat langsung.

6 ulasan:

fzi berkata...

Salam.
Hai yus...ishk..terharu le yus tuju kat akak lak entri tu...thanks for the compliment k.. hehe

Cantik orkid yus tu...kalau tak silap akak tu jenis dendrobium. Namanya hehe cam biasa le **%?!? Tapi takpe nanti kita google...

s@yangh@sni berkata...

akak kira terer jugak tau jenis apa.
masa mula orkid ni berkuntum..
yus dah pening..
ntah apa jenis orkid ni..
nak bagi tau kat akak...
ada duit lebih nanti..
yus nak beli buku tentang orkid..
dah tengok dah kat bookstore...
hee..hee..

fzi berkata...

Orait le tu...makin lama makin terer le yus ngan okid nnt..tu siap nak beli buku lagi..hehe.. tambah dapat sokongan padu dari che abang pula..

Dalam pada tu akak rasa elok yus tambah beli baby/cutting orkid lagi. Biar dia grow then lama2 sume berbunga silih berganti. Kalau rasa lambat nak tunggu kena la beli yang dah siap bloom.. tapi rega.. perhh.. hehe

kaklong69 berkata...

segar je mata bila tengok benda2 yg cantik...orkid ni jenis bunga yang tahan lama..rasa nak tanam juga tapi masa x pernah ada..

kaklong69 berkata...

cantik orkid tu..segar mata memandang

s@yangh@sni berkata...

kak fzi: ada juga dulu yus beli yang baby punyer..lama juga nak tunggu..tapi memang berbaloi..
sampai sekarang sentiasa berbunga.
la ni tengah kuntum, bila dah kembang nanti yus tunjuk k.

kak long: yus pun malas juga...
beli..lepas tu cacak jer..
hari2 tengok hidup lagi ke tak?
gitu aje ler..hee..hee..