Khamis, 26 Mac 2009

60 EARTH HOUR


KUALA LUMPUR 16 Feb. — Dalam usaha simbolik untuk menangani pemanasan global,
Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menggesa rakyat Malaysia untuk memadamkan
lampu yang tidak diperlukan selama sejam bermula 8.30 malam pada 28 Mac.
Tindakan itu selaras dengan langkah pergerakan antarabangsa ’Earth Hour’,
kata pengarah eksekutif WWF Malaysia Datuk Dr Dionysius S. K. Sharma.
Katanya beberapa bangunan mercu tanda di negara ini seperti Menara
Kuala Lumpur, Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall
akan bersama-sama dengan bangunan mercu tanda di 74 negara lain
dalam menjayakan pergerakan ’Earth Hour’ itu.
“Tindakan memadamkan lampu yang tidak diperlukan merupakan
langkah mudah yang boleh dilakukan setiap orang, yang dapat memberikan
impak positif besar terhadap perubahan iklim,” katanya pada pelancaran
“Earth Hour’ peringkat Malaysia di sini hari ini.
“Objektif kami ialah mempamerkan kesepakatan dan menyediakan
mandat global yang akan memberikan impak pada mesyuarat
pemimpin dunia pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
di Copenhagen tahun ini,” katanya.
Duta Earth Hour Malaysia Yasmin Ahmad berkata pihaknya
berharap untuk menghubungi lebih banyak syarikat korporat
dan agensi kerjaan termasuk Kompleks Kerajaan Putrajaya dan
bangunan Sultan Abdul Samad untuk turut serta dalam pergerakan itu.
Pergerakan ’Earth Hour’ telah mencatatkan kejayaan pada 2007
di Sydney, Australia di mana 2.2 juta rumah dan premis perniagaan
memadamkan lampu mereka selama sejam.
Untuk maklumat lanjut dan mengikrarkan sokongan bagi
Earth Hour 2009, sila layari laman web www.earthhour.org/ malaysia.

— BERNAMA


Geng,
jangan lupa join earth hour ni 28/3/2009 nanti,
walaupun hanya 1 jam namun mampu
memberi sedikit 'vitamin' untuk bumi kita ini.
sesiapa yang join sama nanti tunjuk kat blog memasing k...

bumi ini bukan warisan tetapi dipinjam dari anak2 kita.

Tiada ulasan: