Isnin, 30 Mac 2009

AKTIVITI HARI SABTU

Sarang Buaya ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Luas keseluruhan Sarang Buaya adalah seluas 8 ekar,
ia dibina di dalam kawasan hutan paya bakau
berhampiran dengan pelabuhan dan zon bebas cukai Tanjung Langsat .
Sebanyak 12 buah kolam khas telah dibina yang boleh menempatkan
secara keseluruhannya sebanyak 3,000 ekor buaya daripada pelbagai saiz
dan sebanyak 592 ekor buaya tembaga sahaja
akan ditempatkan di sarang buaya untuk dipelihara
serta dipamerkan untuk pengunjung di kawasan ini.


Pagi Sabtu kemalrin, aku memang dah rancang nak ke Sarang Buaya ni.
walaupun hari panas terik. sebenarnyer tempat ni tak siap lagi.
hanya ada 2 kolam sahaja yang ada buayanye berserta
1 kolam khas untuk anak2 buaya yang yang berumur 1 - 3 tahun.

mungkin setahun lagi baru betul2 cantik tempat ni.
itupun kalau kekal lama ler..

kemungkinan tak berjaya sepenuhnyer memang ada.
tapi aku berharap sangat ia akan kekal di situ.
kawasan persekitaran memang cantik tapi
mungkin tak berapa strategik kerana Sarang Buaya ini terletak
di dalam kawasan Pelabuhan Tanjung Langsat
di mana sekarang nie kawasan tersebut
sedang membangun.

orang yang paling ceria sudah tentu si Syahir nie.
tak kira panas tetap teruja melihat sang bedal nie bergerak-gerak


antara buaya yang ada di sini

Cik Siti and the gang, Walid Syawal


sebelah malam pula aku menghadiri majlis Maulidur Rasul di surau Taman Scientex




selesai saja diperdengarkan bacaan Al-Quran, aku pun angkat kaki,
tak tahan ngan kaletah si Syahir dan Syawal yang tak reti dok diam nie...



balik rumah, dalam pukul 9.00 pm sempat lagi nie nak sambut
60 EARTH HOUR.
apalagi aku padamkan semua bekalan lektrik.
si kecik nie takut ler pulak, kena ler pakai lilin baru dia teruja.

almaklum first time bergelap camnie..
berdua lak ngan Syahir..
aku buat2 tak seram ler...

3 ulasan:

Carol-fcp berkata...

haha..bestnya tgok boye dri dkt..
carol xpenah arks tgok dkt3 boye ni..
boye darat manyak ar..
then sal earth hour 2,family carol lupe plak mlm 2 org pakat tutup lampu..hehe..
tup3 esok bru ingat..

s@yangh@sni berkata...

kalau dah lupa nak wat camner?
takpe lain tahun ada lagi..
jangan lupa lagi dah ler..
hee..hee..

s@yangh@sni berkata...

thanks,
kehadiran anda amat dialu-alukan...
sarang buaya tu tak siap lagi.
tapi bawak anak2 memang diorang akan teruja..sebab dapat tgk secara dekat...
syahir yang kecik nie pun suka tgk buaya tu berenang2