Rabu, 25 Mac 2009

KENANGAN TERINDAH BERSAMA MEREKA..

Setiap tahun umur aku akan berganjak setapak ke hadapan apabila
berakhirnya bulan ini nanti. Satu-satunya buah hatiku Syahir juga genap
setahun menjelang pertengahan bulan. ha..kita geng.
Kesian ayah sambut besday sorang2 kan sayang?..

Aku ingat lagi cerita arwah nenek
(yang aku tahu kebenarannya setahun sebelum arwah meninggaldunia)
tentang aku sewaktu bayi dulu.

Kata nenek, aku dilahirkan dalam keadaan yang cukup lemah.
Saiz tubuh badan aku sangat kecil
sehingga boleh ditampung dengan sebelah tangan sahaja.
Abah kata keadaan aku tu macam anak monyet jer...

Yang ada pada aku hanya tulang dan kulit.
Sebulan yang pertama, arwah neneklah yang menguruskan aku,
malah aku satu-satunya cucu yang dia pernah jaga sewaktu bayi..
(sebab tu dia sayang aku lebih hee..hee..).
Emak pula waktu tu sangat lemah sehingga aku tak pernah
menjamah susu badan langsung- ntahlah aku tak pernah tanya pula kenapa.
Arwahlah yang menjaga aku selain melayan emak hingga abah pulang dari kerja
barulah dia berehat. Payah juga nak bela aku ni.
Mak kata kerana aku terlalu kecil tidur malamku didekatkan
dengan mentol yang terpasang agar tidak kesejukan,
siang pula dijemur di bawah mentari pagi untuk memanaskan badan.

Kata arwah nenek lagi, kalau dilihat pada saiz aku sewaktu bayi
tak pernah dia sangka aku akan se'besar' ini.
Sayangnya aku lambat tahu kisah arwah menjaga aku dulu...

Hari ini telah hampir 3 tahun atuk dan nenek pergi mengadap Illahi.
Nenek 'pergi' setelah genap 3 bulan atuk 'pergi',
pergi yang takkan kembali lagi. Meninggalkan bekas tercalar di hatiku.
Sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka malah lebih
dari kasih sayang aku pada mak dan abah.
Mereka selalu memanjakan aku dan aku juga sangat manja dengan mereka
walaupun kami jarang berjumpa. Apa yang aku kesalkan sangat
dan tak mungkin aku lupa sampai bila-bila ialah sewaktu atuk sedang tenat.
Kata nenek , atuk sangat merindui aku dan teringin sangat nak tengok aku..
namun tak seorang pun yang sudi menyampaikan berita.
Aku ingat lagi bagaimana resahnya aku waktu itu.
Seharian aku tak mampu melakukan apa-apa pun
seolah-olah ada perkara buruk akan berlaku.
Setelah atuk meninggal barulah sepupu aku call menyampaikan berita.
Lantaran peristiwa itu aku sempat juga bawa nenek melihat cucunya ini berumah baru..
sempat juga aku bertanya nenek sejarah silam latarbelakang keluarga nenek
dapat juga aku mengumpulkan maklumat-maklumat peribadi
yang selama ini terpesong kebenarannya.
Satu perkara yang aku kagum tentang nenek adalah ketabahannya..
nenek kehilangan 2 orang anak dan suami sebelum dia menyahut panggilan Illahi.
Namun wajahnya tetap tenang bila kami bertanya semula hal itu..
dengan riak bersahaja malah masih boleh bergurau lagi dalam menahan kesedihan.
Aku berdoa selalu agar roh atuk dan nenek sentiasa dirahmati
dan ditempatkan dikalangan orang2 yang solleh.
Mereka akan sentiasa dihatiku dan aku berbangga
kerana semua kenangan aku bersama mereka adalah kenangan yang manis,
yang terindah dalam hidupku.
Tak mungkin aku akan lupa curahan kasih atuk dan nenek pada aku
yang selalu buat aku rasa bahgia bila bertemu mereka dulu.
Kenangan kami bersama akan tersemat kemas dihati ini
selagi hayat di kandung badan...

2 ulasan:

it's all about glamhijab and shawl berkata...

sedihnya..mesti rindu kan.

s@yangh@sni berkata...

naurah'
memang rindu sangat nie....
sebab tu wat entry nie...

bila sepi2 camnie,
teringat lak....