Selasa, 31 Mac 2009

SEKADAR RENUNGAN UNTUK IBU-IBU SEPERTI AKU..


Islam meletakkan asas dalam hal ini iaitu seseorang tidak akan menanggung
dosa seorang lain. Apa yang dilakukan seseorang, maka dia akan
menanggung akibat perbuatannya dan di akhirat
dia akan dibalas setimpal dengan dosa dilakukan.

Tetapi dalam Islam ada konsep amal jariah.
Maksudnya, jika kita melakukan sesuatu yang baik
dan orang lain terdorong melakukan kebaikan
sama hasil daripada didikan, bimbingan dan tunjuk ajar,
maka kita akan menerima pahala.

Begitu juga dosa boleh diwarisi jika kita mendidik
dan mengajar orang untuk melakukan kejahatan,
lalu kejahatan itu dituruti dan disebar luaskan orang lain.
Dalam hal ibu bapa pun begitu juga.
Jika mereka meninggalkan anak yang salih,
maka mereka akan memperoleh bahagia berpanjangan
di alam barzakh kerana amal salih dilakukan anak hasil didikan ibu bapanya.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu,
anak salih yang mendoakan untuknya,
ilmu yang diajarkan dengannya
dan sedekah jariah yang ditinggalkan.
"
Bagaimana pula jika ibu bapa tadi
meninggalkan anak yang tidak salih.
Ibu bapa sedemikian akan menerima tempiasnya di akhirat
kerana kegagalan mendidik anak ke jalan Islam.
Tetapi jika ibu bapa sudah menjalankan kewajipan dengan baik,
tetapi anak tetap tidak mahu berubah,
malah melakukan perbuatan bertentangan dengan apa diajarkan,
maka Allah tidak akan membebankan ibu bapa
dengan sesuatu di luar kemampuannya.


oleh Prof Madya Dr Hafizi Mohd Noor

4 ulasan:

Carol-fcp berkata...

em..ni tkt nie nk kawen n ada anak..
tkt anak2 carol nanti jdi jaat..

s@yangh@sni berkata...

hish...carol nie..
apa cakap camtu...
sebenarnya bila ada anak nie..
buat kita jadi lebih baik...
bila kita tgk anak kita tu...
kita akan insaf...
merenung semula kesalahan kita dulu...
tapi kita kena ikhlas ler...
tak boleh takbur dan keduniaan sangat...
akhirat adalah tujuan utama...
akak gerenti..
carol ni calon ibu yang baik..
banyak pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik..
dik oiiiii....

Carol-fcp berkata...

mcm mana la nk jdi ibu kalo xde org nk..hehe..
1 lgi,prangai carol ni teruk sgt ar..
huhu

s@yangh@sni berkata...

carol sayang,
ko tu muda lagi..
masih banyak masa..
jodoh tu tentuan Illahi..
kalu ko kata ko teruk..
ko tak jumpa akak lagi..
yang teruk2 tu kita
boleh ubah lerr..
bukan untuk orang lain..
tapi untuk diri sendiri..
rasanyer lebih ikhlas..
dan lebih berkesan..

ko nie..
dah macam pakar motivasi lak
akak nie..chewah...