Rabu, 18 Mac 2009

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG...

Baru hari ini aku jejakkan kaki ke office, setelah bercuti sejak Khamis lepas. Sebelum tu pun aku dah ambik mc gara-gara diserang flu. Bukan aku sorang je yang sakit, si kecik pun ikut sama terkena batuk selsema. Mujurler hubby ada kat rumah ada juga 'nurse' yang nak menjaga kami.
Kalau ikutkan kepala yang senoneng nie, nak aje aku sambung tidur kat rumah. Tapi memandangkan aku ni makan gaji so aku gagahkan jua badan yang dah sedia 'gagah' ni. Bila teringatkan si Syahir, jiwa rasa terganggu juga. Mana taknya 6 hari bersama siang malam melayan karenah nakalnya, rasa rindu pulak. Teringat gelak tawa, jerit tangis dan gaya bersahaja bila dipanggil. Ah anak itu memang membuat hati aku berbunga selalu.
Ahad lepas Syahir menyambut ulangtahunnya yang pertama. Walaupun ibu dan ayahnya ni dah sepakat takkan buat potong-potong kek ni tapi aku sediakan juga present untuk si kecik ni. Buat tanda orang kata. Hai sekejap je dah setahun. Hilang segala jerih-perih menjaga dia ketika bayi dulu. Setiap hari ada sahaja perubahan pada sikap dan sifatnya. Cuma satu je kerunsingan yang sering memeningkan aku ialah beratbadannye yang payah betul nak bertambah.
Segala nasihat doktor dah aku turuti, apa saja yang orang suggest aku ikut, segala petua dan ubat kampung pun aku dah cuba namun dia tetap begitu juga. Bila lelahnya datang mudah sangat putus selera. Badan pun dah kurus kering.
Walau apa pun aku dan hubby tetap akan usahakan juga supaya dia terus membesar dengan sihat. Untuk Walid Anwar, ibu dan ayah akan sentiasa mendoakan agar anak ibu ni sentiasa dalam keberkatan dan sihat sejahtera selalu. HAPPY BIRTHDAY SAYANG....

2 ulasan:

fzi berkata...

Salam yus...
Hepi belated birthday buat si kecil!
Lambat acik ni wish.. :)

Yus dah tengok buku pasal okid yang akak pinjam dekat library? Jom le tengok! Lebih kurang sama ke ngan buku yang yus nak beli tu?

s@yangh@sni berkata...

kak, yus dah tgk buku yang akak jumpa tu..
yus masih tercari2 lagi. memang dah rasa gatal tangan nak bercucuk tanam balik nie...tunggu masa sesuai jer...