Jumaat, 24 April 2009

KERANA AKU JUGA PENGGUNA

Kepada pengguna Maybank2u, hati-hati
dengan email phising Maybank2u.
Saya baru dapat pagi tadi email ini,


Tajuk Email : Account (Critical Problem)
Nama Sender : Maybank Berhad (kununn)

Bagaimana nak mengenal email phising ini?

1. Untuk pengguna gmail, setiap kali anda
mendapat email dari Maybank, CIMB
dan mana-mana bank lah. Klik "show detail"


Apabila sudah show detail anda akan mendapat
tahu alamatemail penghantar yang sebenar

untuk kes ini, alamat email ialah
:
alert@west-may2u.com
( confirm bukan dari Maybank2u)




Link yang diberi:
www.advanced-m2u-alert.com/M2ULogin.htm
(confirm bukan dari maybank2u)


2. Jika anda sudah pasti email tersebut ialah email phising ,
apa yang perlu kita buat ialah untuk pengguna gmail,
klik reply --> pilih
Report phising



Apabila saya cuba mengesan tuan punya domain
perompak cyber ini;


west-may2u.com , domain ini telah didaftar
dengan hosting luar negara iaitu godaddy.com
dan telah dilaporkan sebagai SCAM dan tiada
detail mengenai tuan punya owner ini




Perbankan melalui internet sebenarnya adalah selamat
tetapi pengguna Maybank2u, cimb clicks, bankislam.
biz dan sebagainya , sedikit ilmu pengetahuan IT
adalah diperlukan selain dari tahu delete cookies dan file,
kita mesti tahu ilmu email phising ni.


Sebarkan...

**sumber dari isuhangat.blogspot

9 ulasan:

Carol-fcp berkata...

wah sis,bahaya 2...
tp kita xkn xleh fikir yg mana yg tipu ngn yg btl..
bodo la kalo tertipu..

s@yangh@sni berkata...

tulah nak kena beringat...
sebab manusia ni selalu lupa..
kadang2 dalam pada kita ni pandai..
ada masa datang gak bodohnyer..
sebab tu akak tepek kat sini untuk ingatan sebab akak selalu dapat email ni...

stROZze berkata...

mm memang kena hati2 ni.. jgn sesekali beri info melalui email..

Liliyuli berkata...

tq for da info..
best lagu background blog..

Ungku Nor berkata...

owh..mekasih banyak atas tips dan ingatan.
akak pun baru je activatekan maybank2u aritu sebab gaji masuk kat situ.

salam..baru sempat menjengah..hehehe

s@yangh@sni berkata...

strozze,
macam2 adakan dalam internet nie...

liliyuli,
saje jer nak jiwang2

ungku,
thanks arr...

yginsaf.com berkata...

phising2 ghitewww..

h a n i e berkata...

pehh..
mcm2 cara org menipu nih...

s@yangh@sni berkata...

en me,
?????????????

hanie,
macam tulah cara orang nak hidup..
tak kira betul salah dahhhh