Selasa, 21 April 2009

PENGUBAT LARA



A LOVE TO KILL - Satu sebab kenapa aku suka tonton drama ni semata-mata kerana ada Rain Bi.
Aku memang minat sangat dengan aktor sorang nie. Bukannya handsome pun tapi dalam setiap karektor yang dia lakonkan aku memang suka tengok mamat ni menangis..
Semenjak hubby takde kat rumah, Syahir selalu tidur awal. Pukul 9.30 malam dia dah terlena dah. So memang aman damai ler duniaku. Aku juga boleh tonton drama ni tanpa gangguan. Mengenangkan siarannya akan tamat 2-3 hari lagi, aku ingin abadikan theme song drama nie dalam blog aku..sedih giler beb...

Hai bila ler dia nak buat come back. Dunia lakonan di Korea nie bukan macam Malaysia. Artis kat sana ada pasang surutnya. Memang susah nak tengok artis sana kekal lama dalam industri. Ada yang meng'hilang' sampai lebih 10 tahun, ada juga yang berhenti terus dari berlakon.
Sekarang nie Rain masih lagi bermasalah untuk selesaikan kes saman berhubung pembatalan konsertnya di Hawaii..
Harap2 kes nie tak patahkan semangat dia untuk terus jadi artis..

Tiada ulasan: