Khamis, 2 April 2009

RINDUKU DI ANGIN LALU..

pagi ini ntah kenapa aku kerinduan..
rindu pada si dia yang telah lama tidak kutemui..
yang hilang tiba-tiba..

dia hanyalah seorang kenalan..
yang hampir-hampir buat aku jatuh cinta..
seorang kawan yang aku sayang..
seorang lelaki yang romantik..
seorang insan yang berpendirian..

aku mula mengenali dia pada akhir 1996,
bertemu buat pertama kalinya..
aku terpikat kerana ketrampilannya..
aku terpikat dengan susuk tampannya..
cinta pandang pertama..
namun keadaan tidak mengizinkan..
aku sudah berpunya..
terpaksa kusimpan..
rahsia hati..

setelah kami digandingkan..
tiada lagi rasa cinta..
yang berbunga mekar..
adalah sebuah persahabatan..
cintaku sering..
berubah hala..
namun dia..
tetap sahabatku..
dia yang sering buat aku marah..
dia juga yang buat aku ketawa..
hubungan kami hanyalah
sahabat semata-mata..
kemudian..
aku tinggalkan dia..
meneruskan apa yang sepatutnya..
hanya kisahnya..
yang dapat kuintai..
dari kejauhan..
berlalu sebuah kerinduan..
dia juga tidak kutemui lagi..
setelah..
dia juga membawa diri..

setahun berlalu dia kutemui lagi..
sekali lagi pertemuan..
diwaktu yang salah..
terpaksa dia..
kuanggap sebagai sahabat..
sekali lagi..
hanya sahabat..
walaupun..
rinduku kembali berbunga..
harum mewangi..
meceriakan hidupku..
walaupun..
dihati ini ada cinta..
cinta yang tak kesampaian..
cinta yang tak pernah kututurkan..
bertemu, berpisah..
dan bertemu lagi..
namun sering tersalah waktu
cintaku berubah-ubah..
namun dia tetap sahabatku..

akhirnya..
kutemui cinta sejati..
dia juga kembali..
terpaksa..
ku akur tentuan Illahi..
dia ditakdirkan..
hanya..
sebagai sahabat terbaik..
pernah kumiliki..

kini dia tidak..
pernah kutemui lagi..
hanya memori di tepi padang golf itu..
menjadi pengikat kerinduanku..
rindu pada kemesraan waktu itu..
dia sahabat yang baik..
sahabat yang aku sayangi..
sahabat yang aku cintai..

"dalam percintaan tak perlu..
semua perkara kita mesti kongsi bersama..
simpan 80% untuk diri sendiri..
hanya 20% sahaja kita share.."
akan ku ingat nasihat itu
selagi aku punya cinta..

kudoakan..
kebahagian akan selalu..
mengiringi..
bersama keluarga tercinta..
kenangan kita..
waktu itu..
akan tetap bersemadi..
buatmu..
sahabatku..
yang pernah kusayangi..

Tiada ulasan: