Rabu, 20 Mei 2009

CERITA TENTANG MOMOK...

Ahad lepas aku ikut akak ipar aku gi berubat tradisional kat
Kg Petani,Minyak Beku, Batu Pahat, Johor.
Anak sedara belah laki dia tu yang kunun2 nyer
nak tengok2ler kalau lakinyer tu terkena sihir orang..
Anak sedara akak ipar aku namanyer Ija.
Dah berkahwin hampir setahun.
Selama setahun tu suaminyer dingin yang amat ler..
oleh kerana emak suaminyer itu risau sangat
ngan keadaan si suami nie tadi
diminta pada menantunyer itu pergi cari orang pandai2.
Ndak dijadikan cerita, Wak Nin (pengamal perubatan itu)
berusaha ler untuk mencari punca.
Setelah diberikan nama penuh Ija dan suami serta
alamat rumah, doa pun dipohon.
Agak2 setelah 15 minit gitu, Wak Nin pun dapat mengesan
aura jahat dalam tubuh si Ija nie tadi.
Kata Wak Nin, si suami tiada mendapat dengki
dari sesiapapun makhluk di dunia ini
hanya berasa tidak selesa dengan kehadiran si Ija
hingga sanggup berpisah tempat tidur walaupun
dihatinyer dia amat menyayangi si isteri.
Maka Wak Nin minta si Ija untuk berubat.
Dengan persetujuan yang empunya diri
Wak Nin sekali lagi berdoa mohon petunjuk.
Si Ija pula diminta duduk menjulur kaki mengadap
ke pintu depan yang terbuka.
Wak Nin pun memulakan bacaan ayat2 Al-Quran
sambil meraup tubuh
(tanpa tersentuh sedikitpun ke tubuh itu)
badan Si Ija dan memasukkan "sesuatu" ke dalam
botol sos yang telah dicuci bersih.
Perbuatan itu dilakukan berulang2 hingga ler pada saat
tangan kanan Wak Nin mencekak leher si Ija sementara
tangan kiri pula memegang bahagian kepala..
si Ija itu mula menangis. Mula2 perlahan kemudian
bertukar menjadi jeritan kesakitan pula. si Ija mula bersuara
  • IJA : "ahhhhhhh sakit lahh ya Allah sakit.........."
  • WAK NIN : "engkau ni sapa? kenapa kau kacau budak ni"
  • IJA : "aku tak tahu.......sakittttttt...sakit lah...lepas...."
  • WAK NIN: "kau nak keluar tak?
  • IJA : "aku tak nak kacau budak nie lagi..tolong..tunjukkan jalan keluar"
  • WAK NIN: "betul kau tak nak kacau lagi..aku masukkan kau dalam botol"
  • IJA : "aku nak keluar..aku nak keluar..tunjukkan jalan..."


    nampak tak "sesuatu" itu dalam botol nie..
lebih kurang gitu ler yang sempat aku dengar
sebab aku sendiri pun dah seram sejuk..

12 ulasan:

kecik berkata...

isk.....
tak tido mlm la den pasni

paiseh berkata...

nama pun momok dak?? mana laa nak nmpak.. haih!!

sharamli berkata...

ish..da xleh tid0 da mlm ni..alahai...

sharamli berkata...

wat kawe xleh tid0 la...

it's all about glamhijab and shawl berkata...

akak ni macam misteri nusantara lak..iei..takut..

s@yangh@sni berkata...

kecik,
nak tido baca ayat kursi

tmfh,
ko tak nampak ker??
kalau ko perasan mulutnyer..
ha tulah "sesuatu" tu..
aku dah yang rakam punyer..
memang sama ngan dalam gambo tu..
sebenarnya akak ipar aku kena aniaya..
anak2 dia demam sebab nampak hantu dalam rumah..bukan sorang tapi 4 orang sekali..rupa2 ada orang hantar..
tak percaya?? percaya2 lah...

s@yangh@sni berkata...

itulah manusia akhir zaman..
asal irihati je musti nak guna khidmat setan..
lepas tu boleh pulak berlakon jadi baik. bila dah tahu nie memang kena hati2 ler selalu..
orang tu memang dendam..
dengki tak memasal...
dah tak takut syirik lagi dah..
anak2 buah masih fobia lagi..
tapi dorang dh semakin sihat dah,cuma yang bongsu tu teruk sikit..

h a n i e berkata...

aaa....kakyus nih...
soram den baco nih ha..

s@yangh@sni berkata...

yang tengok ngan mata kepala sendiri pun seram gak..
balik Pasir Gudang, 2 malam susah nak tido..
segala ayat yang terlintas sume aka baca..
hihhiihhiiihh..akak lemah semangat ler..

yginsaf.com berkata...

serammmnyerrr..

s@yangh@sni berkata...

sha,
tu kena cari laki cepat2..buat teman tido..hihiikiikikihh..

naurah,
bukan ler cam expose mistik kat astro..
tapi ni betul2 ni akak tgk..

en me,
memang serammmmmmmmmmm...

s@yangh@sni berkata...

paisheh,
ya Allah akak tak tipu nie,
kat botol tu ko tgk betul2 nanti boleh nampak mulut ngan lubang hidung..
jin tu pun suka korek idung cam ko jugak..
tu pasal boleh nampak lobang idungnyer..