Selasa, 12 Mei 2009

DIA EMAK AKU JUGA..

Lebih 30 tahun dahulu, abah sembunyikan dia
dari pengetahuan kami, waima emak aku pun tak pernah
meragui kehilangan abah saban minggu..
hampir 9 tahun kemudian baru aku
tahu aku ada 2 emak sebenarnya..
hasil persembunyian mereka,
aku dapat 2 orang adik lelaki..
walaupun emak aku sendiri tidak suka
mereka diperkenalkan kepada kami..
namun abah cukup cekal hatinya
untuk bertanggungjawab pada anak2nya itu..
bukan hak kami untuk salahkan abah..
bukan juga salah kami andai emak
menjerut hati dengan perbuatan abah menduakannya..

hari ini aku cukup bersyukur dikurniakan dia sebagai emak..
walaupun hubungan dia dengan abah telah sirna 29 tahun lalu..
tapi dia tetap emak ku jua..
terima kasih emak..
hadirnya dirimu hari ini, cukup menyentuh hati..
aku bukan lagi anak yang terbuang..
kerana ada juga seorang 'EMAK' yang sudi menerima diri ini
sebagai anak..

10 ulasan:

it's all about glamhijab and shawl berkata...

sedihnya baca kisah akak..bunyi maam ada maksud yg tersirat tg dah lama dipendam..alhamdulillah ALLAH kurniakan 2 emak kat akak..

s@yangh@sni berkata...

baru jer emak ini call akak tanya sihat tak??
rindunyer nak ada emak macam tu..
yang tanya keadaan anak ini..
yang rindu pada diri ini..

sharamli berkata...

bgus la kal0 cmtu....

fzi berkata...

Sabar la yus...
Hidup ini penuh dugaan...

paiseh berkata...

abah ada lagi kak??
nak mintak tunjuk ajar...

hahahhahahahaaa...!!

Liliyuli berkata...

shahdu..aduiii

Paan berkata...

Dugaan kadang-kadang membahagiakan.

s@yangh@sni berkata...

sha,
hu..hu..hu..

kak fzi,
kadang2 lara dihati tuhan aje yang tahu..

paiseh,
ko belajar ler ngan salleh yaakub,
he is better more than my father.

lily,
akak lagi syahdu nie..
tq.

dik ann,
akak memang bahgia ngan family akak sekarang nie..
akak hanya berharap hati insan itu terbuka untuk akak semula..

Ungku Nor berkata...

kadang-kadang..hikmah yang tersembunyi tu sampai mati pun kita tetap tak nampak.

tapi sebenarnnya yang penting ialah, hargai sepenuhnya segala yang Tuhan dah kurniakan kat kita..Alhamdulillah.

kan?

s@yangh@sni berkata...

insan itu EMAK aku ler..
ko nie pun, aku baru nak sedih2 ko wat lawak pulak..
badan ini gedabak bukan kerana peristiwa sedih..
tapi sebab suka hati dapat berlaki...