Selasa, 19 Mei 2009

JANGAN TIRU MACAM SAYA

Hari ni AKU nak bagi tips bagaimana untuk kekal langsing..
walaupun sebenarnyer badan aku nie gempal..
nie kira inspirasi untuk aku on diet and do exercise..
umur dah meningkat nie kena ler berjaga2..
ye tak?? so apa tengok2 lagi jom ler ..
kita bersenam, angkat besi, berenang, belari...

yang ke ( 1 )
untuk pemanasan badan mulakan dengan angkat kaki bergilir2
sambil memusing2kan pergelangan kaki..
jangan over lak, karang kalau terpeliut..
sapa nak jawab tu..

yang ke ( 2 )
baringkan badan di atas lantai..
kemudian angkat kaki ke atas..
buat setakat yang mampu jer..
orang dalam gambar tu dah praktis puluhan tahun..
tu pasal ler kaki dia boleh cecah kepala..

yang ke ( 3 )
kemudian baring secara mengiring ngadap matahari terbenam..
kalau tak tahu kat mana matahari terbenam..
ngadapkan pungkok tu ke pintu tandas..
mana tahu kot2 tengah angkat badan tu..
angin terlepas..

yang ke ( 4 )
dapatkan bangku ke? kerusi ker? stool ker?
jamban duduk ker? apa2 ler yang boleh di dudukkan..
agak2 kalau cik abang tu perasan badan dia cam
arnold susah nak eja masa muda belia..
boleh gak digunakan untuk aktiviti seperti di bawah ni..

yang ke ( 5 )
kemudian duduk atas lantai semula..
pegang kepala lutut sekuat hati..
kalau nak sekuat jantung lagi bagus..
cuba jatuhkan badan anda ke belakang..
agak2 boleh dapat bentuk v..
kalau dapat bentuk v6 lagi baik..

yang ke ( 6 )
senaman di bawah ini pulak untuk
menguatkan otot2 bahagian bawah badan..
juga boleh melekukkan shape pungkok kita..

yang ke ( 7 )
bagi sesiapa yang rasa kakinyer tak cukup panjang..
senaman ini amat berkesan untuk mengecilkan
paha dan betis kita untuk memberi kesan
ilusi pemanjangan kaki..

yang ke ( 8 )
senaman di bawah ini bukan dipratikkan
untuk membolehkankita terbang..
tetapi untuk memudahkan kita mengimbangkan
badan sewaktu meniti di titian kecil..
juga baik untuk pekerja sarkas..

yang ke ( 9 )
pergerakan di bawah ini pula adalah untuk
memberikan kita kesan relax pada kaki..
sebelum kita duduk perlu diingatkan untuk meringankan
otot2 kaki bagi mengelakkan kita terkena
simpul bewak..

yang ke ( 10 )
juga yang terakhir ialah senaman menguatkan otot2 bahu..
pergerakan ini jika selalu dipraktikkan membolehkan
tangan kita dapat mencapai tahap garuan yang maksima..
tak perlu lagi penggaruk belakang kerana segala
lemak2 di bahagian lengan telah dapat dikurangkan..

p/s : setiap pergerakan perlu diulang sebanyak 20 kali sahaja..
melainkan jika anda BIO-NIK..
boleh ler buat senaman ini tanpa henti..
"PANDANGLAH LIHATLAH,
TIRU MACAM DIAAAAAAAAA.."

~ajinomoto~
menurut amalan ahlil nujum pak belalang..
barang siapa yang tak nampak gambar aper..
kat ntry aku ini, itu tandanyer dalam kotak hitam..
ada MOMOK...
kesian awek tu berjoget2 bagai tapi orang tak dapat tengok daaaaaaaa...

10 ulasan:

yginsaf.com berkata...

lapan lapan lagiiikks.. ekeke

Liliyuli berkata...

tak nampak gambar langsung la akak..

s@yangh@sni berkata...

en me..
20 lagi ler...

lily,
ko tak nampak gambar orang bersenam tu ker??
akak punyer ok jer

h a n i e berkata...

aaa...nape x de gmbr pape pon..
gmbr ape nih kak yus..
aiyokkkk...
hahahahahahaha!!

s@yangh@sni berkata...

ahhhhhhh..
naper ko pun tak nampak nie..
akak rasa yang tengah bersenam tu momok ler...
sebab tu akak jer yang nampak kot..

Paan berkata...

Senaman jin. Saya isap rokok je la camni.

sharamli berkata...

nmpk je gamb0nye....hua3

s@yangh@sni berkata...

dik an,
yang bersenam tu puteri bunian ler..
tu pasal dia tak nak tunjuk muka..

tmfh,
betullah tu..aku copy paste link gambo tu..tak tahu cara lain ler..

sha,
ko nampak ker apa yang aku nampak...???

alif-mikail berkata...

eh1 yang bawah ajinomoto tu gapo?

tak faham koi.. haha

s@yangh@sni berkata...

alif ko nampak tak gambar awek bergerak2 wat exercise kat entry akak nie..