Isnin, 11 Mei 2009

MURTAD ~ JANGAN PANDANG SEBELAH MATA..

Sebenarnya umat Islam hari ini sesungguhnya sedang dilanda satu ujian yang maha besar lagi dahsyat.
Di akhir zaman kini kita sering mendengar dan mengetahui telah berlakunya pelbagai perkara yang amat mengecewakan umat Islam. Antaranya berlaku kes murtad yang membabitkan bangsa melayu yang pada satu masa dahulu terkenal dengan keislamannya. Penyakit murtad ini telah mula merebak kerana kekurangan ilmu dan akidah Islam yang sebenar dalam diri individu muslim yang lemah dengan godaan syaitan. Kita sedia maklum andai berlaku kejadian begini dalam kariah kita bukan hanya individu itu sahaja yang terlibat malah kita juga akan terkena tempiasnya. Apa yang aku ingin sebarkan di blog aku ini adalah sedikit kisah yang mungkin kita telah lupa atau tidak pernah kita ketahui. Maklum kita tinggal di Malaysia. Segala kecacatan pihak berkuasa memang mudah disembunyikan. Semoga kita semua ditetapkan iman dan dijauhkan dari pengaruh hasutan syaitan laknatullah..


Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Dalam kes ini, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur
mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu,
mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita
sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri
Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis
dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

untuk artikel penuh sila baca di sini


Semoga kisah ini boleh membuka minda umat Islam di Malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim - yakni menghentikan kezalimannya - serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan - membencikan - hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati - mengutuk - engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka - Bani Israil.”
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi

10 ulasan:

sharamli berkata...

hu3..igtkan artikel sendirik...segar dari ladang..hu3

s@yangh@sni berkata...

oittt..
kan ker dalam berdakwah tu kita kena sebar2kan..
aku kira dah ambik tanggungjawab untuk dakwahkan engko ler nie..
tak caya gi tanya mrblind..

h a n i e berkata...

aaa...berdiri bulu roma bace artikel akak nih..
huhuhu...

s@yangh@sni berkata...

hanie,
so mulai hari ini pandang2 dan fikir2kanlah kelemahan diri kita..
cuba ler buat perubahan yang diredhai..
hidup bukan semata2 di dunia..
kita akan terus hidup hingga ke syurga..

Paan berkata...

Kak...saya insaf.

~ujicham~ berkata...

walaupun dah lama berlalu.. namun masih segar di ingatan.

fzi berkata...

Salam yus...
Termenung akak lepas baca kisah2 tu... akak ada dengar pasal citer tu dulu tapi not in detail. So dapat citer penuh thru blog yus...thanks k yus, such a good info untuk kita sumer fikir2kan, renung2kan....

stROZze berkata...

subhanallah.. hikmat org syahid mempertahankan agama.. org kafir sentiasa berusaha memadamkan akidah islam.. berwaspadalah..

s@yangh@sni berkata...

dik ann,
uji,
musafirlalu,
aku jua begitu. sama2 dapat manfaatnya.

yginsaf.com berkata...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salammms akak yus itteww