Rabu, 8 Julai 2009

MUZAKARAH - KUBUR HARAM


Gambar ini dari kiriman email kak zana..
sama2 kita mengambil iktibar..

Saya merujuk kepada kitab Sabil al-Muhtadin 2/81 karangan Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari. Kitab ini sangat diminati ulama-ulama pondok di Semenanjung. Pengarangnya menyatakan: Haram membuat sesuatu di atas kubur seperti kubah, rumah atau pagar, kerana bumi itu diwakafkan kepada semua orang Islam. Pihak berkuasa wajib melarang dan memerintahkan mereka merobohkannya.

Petikan ringkas ini menunjukkan membuat binaan di atas kubur seperti kubah adalah suatu amalan yang bertentangan dengan kehendak Islam kerana tanah kubur yang diwakafkan itu akan diguna untuk orang lain apabila tiba masanya. Jika binaan itu didirikan bagi tujuan menanda kubur orang berkenaan untuk ingatan keluarga dan sebagainya, memadailah dengan menanam dua batu nisan dan belendang yang bertulis nama tuan punya kubur sahaja. Batu nisan dan belendang boleh dialih pada bila-bila masa dikehendaki.

Dalam satu peristiwa, satu rombongan pendakwah Islam tiba di Rom, Itali yang diketuai Fudalah bin Ubayd. Ketika mereka tinggal di negara itu, tiba-tiba seorang kawan yang ikut serta dalam rombongan itu meninggal dunia, lalu dikebumikan di negeri itu. Fudalah sebagai ketua rombongan mengingatkan agar tanah kubur diratakan sama dengan paras bumi, kerana katanya Nabi s.a.w. menyuruh agar tanah kubur diratakan.

Dalam sebuah riwayat lain daripada Abu al-Hayyaj al-Asadi menyatakan: Ali Ibn Abu Talib bertanya saya: Sukakah kamu pergi ke tempat yang aku pernah diutus Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika dahulu. Baginda bersabda: Apabila kamu berkunjung ke negeri itu, musnahkan patung dan berhala. Jangan biarkan kubur-kuburnya menjadi tinggi. Ratakannya hingga ke paras menyamai bumi. Imam at-Tirmizi mengulas hadis itu, katanya: Berdasarkan riwayat ini, ulama Islam tidak suka paras kubur ditinggikan dari paras bumi.-Dr Abd. Hayei (akademi pengajian Islam)

15 ulasan:

Heidi Shafiq berkata...

kite terlalu jahil..
bersama-sama kite bertaubat kepadaNya..

sI tEDI berkata...

eh ! ye ke? MasyaAllah.. baru tahu hari ini.

Kubur dalam pic tu di mana ye? lawa!! indonesia agaknya..

Paan berkata...

Hmm...insaf jap.

sharamli berkata...

erm

it's all about glamhijab and shawl berkata...

naura baru tahu..thanks sudi share info ni

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ berkata...

yanie pun pernah dpaat email nih kak....mcm2 hiasan diorang letak kan....

hmmmmmm

NaqeebLukhman berkata...

entah ler dunia zaman sekarang...

yang tak baik jgn diikut...

cahaya malam berkata...

asalamualaikum.

owh.. baru tau lah kak..
thanz 4 this great information..;)

TuYa berkata...

kubur yang dililit kain putih pada batu nisan nya pun x dibenarkan..

nyway kak,tenkiu 4 the good info..

s@yangh@sni berkata...

heidi,
sama2 dapat manfaatnyer..

tedi,
picture tu kubur kat singapura..
orang malaysia pun ader buat jugak..

dik an,
selalu arr insafnyer..
jangan sekejap ajer..

s@yangh@sni berkata...

sha,
mmmmmmmmmmmuahhhh...

yanie,
yang kelakar tu ader jugak yang letak kipas..
nak kipas apa ler agaknyer..

naura,
dulu akak pun confused jugak..
ader orang letak kepuk simen..
sekarang dah tahu..
buat yang paling sunnah..
baru sama2 dapat pahalanyer..

naqeeb,
betul tu..
manusia dikurniakan akal untuk berfikir, maka gunakanlah sebaiknyer..

s@yangh@sni berkata...

cahaya,
sama2 dapat ilmu nie..

tuya,
betul tu...
orang dulu2 suka buat gitukan..

afiq berkata...

heii x sngke smpai cmtuh skali derang hias ek? x penah tgk sbelom nih..tekujat!

miss oren berkata...

kadang2 kalo diperhatikan, kubur alim ulama' yang alim2 tu takde la plak letak quran semua tu..kubur2 orang biasa2 ni segala macam bagai pi letak atas tu..replika quran tu x dapat membantu kat dalam kubur pon rasanya

eddie dewanaga berkata...

thanks for sharing the info, beb...
yg ni gua ada dapat email berkenaan perkara itu.