Rabu, 19 Ogos 2009

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG..

"kalau dikenang kelak meracunlah diri"

entry hari nie memang takde kena mengena..
ngan lagu Allahyarham P.Ramlee nie..
yang aku nak citer nie pasal perkahwinan..
si ustaz dan penyanyi world music itu..
ramai dah sedia maklum..
kronologi percintaan antara 2 makhluk Allah itu..
dan banyak juga maklum balas yang diterima..
ade yang suka malah ada juga yang kurang senang..

pagi ini aku tertarik membaca 1 surat yang disiarkan..
di sebuah akhbar yang dibaca hanya golongan tertentu sahaja..
antara isi surat itu berbunyi begini..

"menceraikan isterinya dengan rasa bangga.
Beliau tidak rasa bersalah dan berkata
itu adalah kehendak tuan punya dunia.
Ucapannya " kadang-kadang aku pohon setangkai bunga,
Allah bagi pohon berduri;
aku pohon rama-rama, Allah bagi ulat berbulu..
mula-mula saya kecewa tapi itu yang jadi"
langsung tidak menggambarkan rasa keinsafan
atas kegagalannya sebagai seorang suami dan bapa.
Jangan salahkan isteri jika diri sendiri
yang lagha dengan perempuan lain
walhal masa untuk anak-anak dan isteri pun tak ada.
Alasan 'berdakwah' jangan digunakan
untuk menghalalkan pergaulan bebas."

lihatlah ego seorang lelaki yang bergelar ustaz itu..
sanggup menyamakan isteri yang telah berkorban..
melahirkan 6 orang zuriat untuknya..
seperti pohon berduri..
isteri yang telah dinikmati syurga dunianyer..
seperti ulat yang berbulu..

aku bukan menolak poligami..
tapi aku menolak suami yang buruk laku begitu..
sepatutnyer dia menunjuk contoh yang baik..
menjadi teladan yang boleh diikuti..

seperti kata2 akhir pengirim surat ini..
"yang mendukung Islam mestilah meletakkan wanita,
terutamanya yang bergelar isteri di tempat yang tinggi dan mulia,
bukan dihina sedemikian.
wahai para suami,
sebagai pemimpin keluarga cerminlah diri sendiri.
Jangan salahkan takdir Allah SWT,
akuilah kelemahan diri"

dan aku percaya pengirimnya
adalah lelaki dan suami yang baik terhadap isterinya..
(berdasarkan nama yang tertera)

~ajinomoto~
dari ulat yang berbulu itulah nanti..
akan menjelma rama-rama yang berseri..

20 ulasan:

Ummi Eisya berkata...

ehh,blog ni dah berwajah baru ke..

memang betul isi surat tu..bila dah habis rasa cintanya..memang itulah yang dihinanya..kita tengok la seindah mana mawar yang dipilih tu..harap mawar yang terus mekar..

dah ngan ku pun bermawar-mawar lak..hihi..

Paan berkata...

Semua orang sama.

sI tEDI berkata...

hasni baca di mana? nak baca juga!!
sila bg tau di shoutbox! TQ!

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ berkata...

>> kalau hati dah tawar...mcm2 alasan kuar....

cian wife dier....

fzi berkata...

Yus...
akak sokong isi surat tuh... :)

Selamat berpuasa yus..

Kapten Luffy berkata...

janganlah sampai hina mcam tu kan

arryani berkata...

Entah kenapa..

tetiba aku sedih teringatkan bini dia.,..

PnConfused berkata...

aku sokong.... dan mereka sgtt memualkan..

poligami tak salah, org yg mengamalkannya yg salahhhh...

bayangkan, membina istana atas air mata org lain?? ohohhhhh... sadissss

s@yangh@sni berkata...

mrs adz,
bukan berwajah baru..
wajah lama jugak..
lambat view ler tu..

kita wajib doa yang baik2 jer..
seterusnyer urusan dia dengan Allah..

paan,
sama apa nyer dik oii..
ko jangan arr buat gitu..
tak suka sekalipun..
kenangkan budibaiknyer jugak..

tedi,
ko nie...
aku baca akhbar bukan nasional arr..
dah bg tau dah kat shoutbox ko tu..

kak fzi,
yang betul kita sokong..
yang salah kita tolak..

thanks akak..

yanie,
kalau ler hati yang tawar itu boleh dibubuh gula..
hati boleh bersih kalau imannya ada..

d luffy,
itu yang aku jadi geram tu..
kahwin tu takpe arr..
tapi salahkan bini tu yang aku tak suka tu..

arryani,
aku lagi sedih..
dulu mak aku pun dikata gitu..
tapi anak tetap berderet sampai 12 orang..
mujur tak jadi corai weiii
hihihi..aku terbukak rahsia lak..

s@yangh@sni berkata...

the confused,
ntah arr..
pompuan pun kadang2 tak faham hati pompuan..
setiap tindakan ada balasannyer..
dia tahu janji itu pasti berlaku..

en_me berkata...

salam akak yus ittewww.. selamat menyambut awal ramadhan

kuIna LadyInRed berkata...

sy menggambarkan dia seorng yg kejam...

hati sy terguris dgn kata2 sebegitu.

kimisai berkata...

ajal maut ditangan tuhan. Jodoh pun same.

tapi kalau kita tak berusaha, lambat atau cepat je... AKHIL??

entahlaaaa.....

imHepPie berkata...

sukanya baca ini entry...huu btol la xpatot dia ckp cmtu kt ex wife dia..nak kawen ngaku jela nape nak tuding salah kt org len..kalo x suka xkan smpai dpt 6 org lgik...huuu xpueh ati tol...

julietchun berkata...

habis madu sepah dibuang.

Heidi Shafiq berkata...

lelaki yg tahan ngan kerenah isteri, akan diampun segala dosa..

sepatutnye terima hakikat sifat pmpn mmg lemah.. pmpn sendiri xleh control perangai die.. maka disitu lelaki perlu menggunakan kebijaksanaan.. bukan menjadi bosan dgn isteri..

bias® berkata...

uuu...dah macam majalah sensasi dah nie?

sharamli berkata...

senang x nak crik suami mcm tu?

zonaku berkata...

apa2pun, aku x suka bila suami salahkan isteri.... isteri bukan berkhidmat untuk suami yer...

s@yangh@sni berkata...

en me,
thanks...

kulna,
aku pun...
cubit paha kiri paha kanan pun terasa juga..

kimisai,
akhil???
aku tak faham naper ustaz lagu tu...

imheppie,
manusia yang turut kata nafsu gitu arr...

julietchun,
sepah pun orang dah tak buang la nie..

heidi,
sebab tu Allah lantik kaum Adam jadi khalifah..
antaranyer jadi ketua rumahtangga..
kalau dah nafsu lebih dari akal..
roboh arr rumah tak bertangga..

bias,
takde arr sensasi sangat..
berita biasa jer perkahwinan tu..
tapi kata2 madah berhelah si ustaz yang nak ditonjolkan disini..

sha,
suami macam Akhil Hayy tu ramai..
suami macam Fadzilah Kamsah tu susah arr...

zonaku,
betul tu..
isteri itu untuk disayangi..
dibela maruahnyer..