lama jugak tak buka blog ni tapi sesekali buka dok tenung gambar header yang terpapar sambil dok senyum2 sendiri. Sekarang ni anak dara aku sudah pun berumur 5 bulan. dah mula menunjukkan pelbagai keletah yang mencuit hati. anak bujang pulak macam biasa tak pernah surut berkata-kata. bila dikenang balik kehidupan kami hampir sama dengan watak2 pada header tu. si ayah bertungkus lumus mencari rezeki, sesekali bercuti akan cuba mencari ruang untuk melunaskan kehendak diri. si ibu selalu jer bersikap boros, mengomel tak tentu hala ada saja yang tak kena, si anak lelaki pula selalu membuat ibu pening kepala dengan bermacam ragam manakala yang kecil pula dah mula tunjuk perangai untuk mencari perhatian.
walau apapun situasi yang berlaku dalam rumahtangga kami, kebahgiaan sentiasa mengiringi kehidupan kami 4 beranak. benarlah kata orang sebagai suami isteri kami perlu bertolak ansur antara satu sama lain, memahami tanggungjawab masing2 dan saling melengkapi di antara kami. dan sebagai ibubapa pula kami harus bijak menangani perangai anak2 dan sentiasa memberi tauladan yang baik sebagai ikutan mereka kelak.
semoga Allah sentiasa memberikan rahmat dan hidayah kepada keluargaku ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan