Isnin, 24 November 2008

KELAMAI - EXOTIC FOOD




Sewaktu meneruskan perjalanan dari Bidor ke Ipoh (ikut jalan lama) kami terserempak pondok menjual durian dan 'lemang'. tujuan utama memang ler nak beli durian....tanya punya tanya rupa2nyer yang tergantung tu bukan lemang tetapi kelamai.
kelamai ni diperbuat dari beras pulut yang diperam kemudian dikisar, dicampur gula melaka kemudian dibakar seperti lemang. menurut penjual, kelamai ni makanan tradisi orang2 rawa especially orang2 di kawasan Kampung Gunong Mensah.
anggaran harga sebatang antara RM 6 hingga RM 9 sahaja mengikut ukuran buluh, tak mahal. beli sebatang pun dah cukup untuk buat minum petang.
bila aku tanya jiran akak ipar aku yang memang orang PeRak pun tak pernah makan kuih ni. rasanyer manis dan jika dibeli untuk dibawa ke tempat jauh, kuih ni boleh tahan lama dan mudah dipanaskan semula.....nak tahu camner????? pegi ler berguru ngan tukang buatnyer....he..he..he..

Tiada ulasan: