Selasa, 25 November 2008

PABILA SENJA BERLABUH




Lokasi : Kerteh., Trengganu.

panorama di atas ni hubby aku yang rakam just guna camera handphone Nokia N73, tak tahu susunan yang betul. pandai2 agak ler yer.
hubby bekerja sebagai welder. semenjak dia bekerja dengan TLOffshore Sdn Bhd, ekonomi rumahtangga kami beransur pulih dan semakin baik kini. Alhamdulillah, bertambah lagi dengan kehadiran cahaya hati kami, Syahir.
oleh kerana jiwanye dekat dengan laut maka dia betah berlama-lamaan di tempat kerja. kadang-kala hati dirundung kerisauan, bimbang sesuatu yang malang akan berlaku. namun aku tetap berserah dan mendoakan kesejahteraannye selalu.
kalau teringatkan peristiwa helikopter terhempas di Trengganu 2 tahun lepas yang mengakibatkan pilotnyer terkorban tu, aku memang tak mahu berjauhan. tak dapat digambarkan macam mana rasa hati walaupun masa tu aku dah tahu dia selamat (sebab naik helikopter kedua). bila adik-beradik dia tanya keadaan dia, airmata ni mengalir deras tuhan jer yang tahu betapa paniknyer aku.
dengar khabar awal tahun 2009, takder kerje kat offshore. so boleh ler manja2 lama sikit he...he...he...

Tiada ulasan: