Isnin, 24 November 2008

ORKID @ DANGA BAY







Lokasi: Rumah Limas Danga Bay. Johor Bahru.

Kalau jejakkan kaki ke sini aku memang suka sangat lepak di Halaman Orkid Juita. walaupun tempat ni bak kata pepatah "hidup segan, mati tak mahu" namun HOJ ni masih menenangkan jiwa pengunjungnyer lebih2 lagi jika yang singgah tu pencinta orkid macam aku ni.
malang sungguh walaupun aku sangat mengemari corak bunga orkid yang pelbagai tu, tapi aku bukanler penanam orkid yang baik. yang ader kat rumah aku tu dah bertahun aku semai tapi yang berbunga boleh dikira (padahal ade banyak jenis). aku suka pergi rumah kawan aku si MieZa sebab orkid mak dia memang menjadi.....geram jer aku nengoknyer....

Fakta mengenai ORKID
Orchidaceae (keluarga orkid) adalah kumpulan pokok berbunga yang paling besar di dunia (Angiospermae).Royal Botanical Gardens of Kew telah menyenaraikan sebanyak 880 genera dan terdapat hampir 22,000 spesis, namun jumlah sebenar tidak diketahui (mungkin ada 25000 jenis) kerana terdapat pertikaian dalam taxonomic. jumlah spesis orkid dianggarkan 4 kali ganda dari jumlah spesis mamalia, atau 2 kali ganda spesis burung. ia juga merangkumi 6 hingga 11 peratus dari semua benih tumbuhan. lebih kurang 800 spesis baru orkid direkodkan setiap tahun. gen terbesar Bulbophyllum (2,000 spesis), Epidendrum (1,500 spesis), Dendrobium (1,400 spesis) dan Pleurothallis (1,000 spesis). Vanilla juga termasuk dalam keluarga orkid (gen pokok vanilla), Orchis dan banyak lagi pokok yang biasa ditanam seperti Phalaenopsis atau Cattleya.

Tiada ulasan: