Isnin, 24 November 2008

RUMAHKU SYURGAKU




Rumah yang kami duduki sekarang ni sebenarnya banyak menyimpan kisah suka duka kami suami isteri. juga ade misteri yang tersimpan (wallahualam, Allah maha Mengetahui). mula dibeli pada Oktober 2004 dengan hati yang nekad mahu menyenangkan ahli keluarga untuk berkunjung. sebelum tu kami tinggal menyewa di rumah 2 bilik flat LPJ. sebelah rumah orang tua aku -dekat tapi jauh. mengelakkan dosa bermasam muka, kami bertekad mencari rumah walaupun ketika itu ekonomi rumahtangga kami sedang 'uzur'. namun berkat kesabaran dan kesungguhan hati sang suami , bermula ler era baru kehidupan kami. kerana itu RUMAHKU adalah SYURGA buat kami sekeluarga.

Rumah pasti diimpikan oleh setiap orang
tanpa rumah kita tidak ...
akan dapat tempat berteduh
hanya engkaulah rumah tempat ku berteduh.

Rumah ... oh ... rumahku
engkaulah impianku
tempat ku berkumpul
bersama isteri dan anak-anakku.

Rumah ku ibaratkan sebuah mahligai
mahligai indah yang ku idamkan selama ini
tempat ku berteduh dari hujan dan panas
melepas lelah dan penatku.

Rumah adalah tempat ...
tempat menyatukan silaturahim di antara
keluargaku
suka duka bersama keluargaku ditanggung
bersama
itulah ... rumahku syurgaku.


P/S: puisi cedok, jangan mare yer....

Tiada ulasan: