Selasa, 25 November 2008

TERKENANG WAKTU ITU




Bila lihat Syahir dah ligat menjelar hari ini, teringat masa first time Syahir meniarap dulu. masa tu dia umur 3 bulan lebih dan dia memang tak suka kalau secara tak sengaja tertiarap. mesti dia menangis minta tolong betulkan badan dia agar telentang semula. geram jer ibu nengoknyer, nak2 time semua orang tido tiba2 dengar dia menjerit.
gambar diatas dirakam pada 30 Julai 2008. itulah kali pertama dia tiarap kemudian telentang sendiri. lepas tu lama juga ler dia tak tiarap lagi sampai umur 8 bulan baru ler dia tiarap semula terus pandai undur ke belakang. kali pertama dia gerak ke depan adalah dengan menggunakan kepala. setiap kali tiarap memang kena pantau sebab tak mahu kepalanyer 'terhempas' ke lantai.
sekarang anak ibu ni dah expert. satu rumah dah dijelajahnyer...teruja tengok barang hiasan yang selama ni tak dapat dicapai.....

2 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Tunggulah sikit hari nanti bila Syahir dah pandai berjalan, baru berpeluh nak mengejar dia tau! Hehehe...

s@yangh@sni berkata...

tau takpe...........