Selasa, 25 November 2008

YANG LAMA BERULANG KEMBALI


Seingat aku, waktu mula aku dijangkiti penyakit batuk berpanjangan bila aku tinggal di asrama dan bertambah teruk selepas 2-3 tahun bekerja di Johor Port. masa ni aku selalu ke klinik untuk dapatkan ubat batuk. dari yang cair hingga yang pekat semuanye tak jalan. bila sembuh aku akan batuk semula 1-2 minggu selepas itu. pernah aku disyaki terkena TIBI..ya Allah biar betul doktor ni...tapi silap aku jugak sebab selalu tukar2 klinik.

terbaru, 2 minggu selepas Syahir jatuh sakit, aku mula rasa tak sedap badan. aku sangka semua tu kerana aku tak cukup tido. tapi makin lama aku rasa dada aku makin sakit. pada mulanya aku dapatkan rawatan di klinik panel hubby. tapi sakit aku tak hilang jugak hinggalah aku hilang suara dan rasa perit yang amat sangat. bila aku ulang semula ke klinik yang sama, jumpa doktor lain (klinik ni bertukar doktor setiap hari) aku dikatakan salah makan ubat dan mendapat rawatan sebagai pesakit semput.

dalam sakit2 tu sempat jugak aku dibawa hubby jalan2 ke KL. Setiba disana aku mula perasan ade darah dalam kahak yang dibuang...dah berdebar2 ni, sakit apa pulak aku ni. bila aku cakap pada hubby dia dah mula risau. balik dari KL, aku terus ke Klinik Naveen...akhirnyer aku tahu ler punca sakit aku.

dulu masa muda remaja aku ader resdung, sentiasa selsema.........batuk.......demam........migrane.........penyakit yang aku dah lali dah.....
oleh kerana adik-beradik aku ramai, aku kurang dipedulikan dan tidak menerima rawatan awal yang betul. bila doktor kata aku dan Syahir mengidap sakit yang sama......so aku bertekad akan jaga diri supaya aku boleh jaga Syahir......

Tiada ulasan: