Khamis, 11 Disember 2008

DATUK SHAH RUKH KHAN

Shahrukh Khan


Datuk Shahrukh Khan (DMSM)


Detik2 kehadiran Shahrukh Khan di Banda Hilir, Melaka pada 06 Dec 2008.

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70.

Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.

Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Dia menerima gelaran itu kerana 6 daripada filem lakonannya dilakukan di Melaka sekaligus secara tak langsung ia membantu mempromosikan Malaysia, negeri Melaka khususnya kepada dunia.

p/s: Saadun Basiron adalah abang bos aku daaaa.....

Tiada ulasan: