Khamis, 11 Disember 2008

RIDING EYES ON MALAYSIA, TMN KOTA LAKSAMANA.



Eye on Malaysia adalah gelaran kepada sebuah roda pemerhatian raksasa setinggi 60 meter dengan 42 buah buaian atau gondola yang boleh berputar 360 darjah di Kuala Lumpur.

Berharga RM30 juta, buaian raksasa berhawa dingin yang didirikan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 6 Januari 2007.

Antara yang menarik pada Eye on Malaysia ini ialah apabila berada di atas sekali, seseorang dapat melihat pemandangan ibu kota dalam jejari 20 km.

Eye on Malaysia merupakan roda pemerhatian yang terbesar di Asia Tenggara (sebelum diatasi Singapore Flyer) dan juga buaian roda mudah alih terbesar di dunia. Buaian ini adalah setinggi 60 meter dan mampu menanggung beban seberat 25 tan. Buaian ini istimewa kerana ia didirikan khas sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Pada tahun lalu, Eye on Malaysia menyajikan pelbagai acara menarik seperti teater air, pancaran laser diikuti dengan muzik yang menarik, pertunjukan bunga api (hingga 3 Februari) dan pertunjukan air (hingga bulan Mac 2007).






Eye on Malaysia kini dipindahkan ke Melaka dengan setinggi 60 meter, ia menyajikan pandangan indah sekitar Bandar Bersejarah Melaka dan saujana mata memandang ke arah Selat Melaka. Roda Ferris ini akan bertapak kekal di Taman Kota Laksamana, Melaka sebagai salah satu mercu tanda di sini. Dibuka secara rasmi pada 07 Nov 2008 dengan tiket warganegara berharga Rm 10 (dewasa) dan Rm 5 (kanak2 4 tahun keatas).

Tiada ulasan: