Rabu, 17 Disember 2008

MASWINGS MALAYSIA

MASwings merupakan anak syarikat penerbangan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2007 untuk mengendalikan perkhidmatan luar bandar RAS dari FlyAsianXpress. MASwings telah memulakan operasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 dengan menggunakan pesawat turboprop atau yang menggunakan kipas yang sedang dikendalikan oleh FAX - tujuh pesawat Fokker F-50 dan lima Twin Otter.





Berikut adalah pesawat-pesawat MASwings:

Fokker 50 - 50 konfigurasi kerusi - laluan - penerbangan pendek domestik

DHC-6 Series 300 - 19 konfigurasi kerusi -laluan-penerbangan pendek domestik

ATR 72-500 - 70 konfigurasi kerusi -laluan- penerbangan pendek domestik menggantikan Fokker 50

Pada 9 November 2007, MASwings telah menandatangani untuk membeli 10 buah ATR 72-500 dengan 5 pilihan tambahan untuk menambah servis di negeri Sabah dan Sarawak di Timur Malaysia. MASwings menjangka 5 pesawat pertama tiba pada 2009 manakala lima lagi pada 2010.

Tiada ulasan: