Rabu, 17 Disember 2008

MUZIUM PETROLEUM, SARAWAK


Muzium yang terletak di atas tapak di mana minyak pertama kali ditemui di Miri pada tahun 1910. Pembinaan muzium ini adalah usahasama antara kerajaan negeri dan dua syarikat gergasi di negara ini iaitu Petronas dan Shell. Kerajaan negeri menyumbang RM6 juta manakala Petronas dan Shell masing-masing RM5 juta bagi membina muzium ini. Muzium Sains Petroleum ini nanti bukan sahaja akan memaparkan tentang sejarah minyak di Miri tetapi juga akan berperanan mendidik dan memupuk minat generasi muda akan pengetahuan berkenaan industri petroleum.


Projek yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud ini juga mempunyai ciri-ciri persekitaran yang mesra alam bagi memastikan ia bukan sahaja menarik tetapi juga sesuai untuk aktiviti pendidikan dan rekreasi. Seolah-olah ia didirikan dalam sebuah taman. Muzium ini adalah contoh kerjasama aktif antara kerajaan dan swasta. Ini kerana dalam konteks pembangunan pihak swasta juga memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Tiada ulasan: