Selasa, 16 Disember 2008

MENYUSURI BANDARAYA JOHOR BAHRU


pemandangan Bandaraya Johor Bahru dari pantai Singapura

Johor Bahru ialah nama ibu negeri Johor dan juga merupakan daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar di dalam negara selepas Kuala Lumpur.



Jumlah penduduk melebihi 800,000 di kawasan bandaraya (menjangkau 1 juta pada 2010) dan lebih kurang 1.6 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura.



Walaubagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², daerah metropolitan Johor Bahru dikelilingi tanah pantai yang mengandungi paya dan sistem sungai yang penting seperti Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau



Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru, diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampong perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura.

Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford dari pihak British pada tahun 1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melaburkan dalam bidang pertanian di kawasan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandaraya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.



Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan UMNO (United Malays National Organisation), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.

Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya, yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama.



Daerah metropolitan Johor Bahru dibahagikan dan diuruskan oleh majlis-majlis tempatan yang berikut:
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
Malis Bandaraya Johor Bahru
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Majlis Perbandaran Kulai
Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang
Majlis Daerah Pontian
Pihak Berkuasa Tempatan Nusajaya



Pada September 2005, kerajaan pusat telah mengumumkan penubuhan Wilayah Pembangunan Iskandar untuk menyeleraskan perancangan dan pembangunan kawasan tersebut. Perbadanan ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman.

Tiada ulasan: