Selasa, 16 Disember 2008

PANDANGAN MENYESAK HIDUNG

Legaran Segget adalah bekas sungai yang tercemar iaitu Sungai Segget yang suatu ketika dahulu diisytiharkan sebagai sungai paling kotor dalam negeri Johor dan Malaysia.



Projek yang menelan belanja kira-kira RM 6.6 juta ini dikira tidak berbaloi dengan usaha kerajaan negeri yang bertujuan menutup terus Sungai Segget dari bau busuk pencemaran sungai dengan pandangan yang tidak menyenangkan dan sekaligus mengindahkan bandaraya Johor Bahru yang termasuk dalam lingkungan Wilayah Pembangunan Iskandar.



Sesiapa yang melalui Jalan Wong Ah Fook dan mempunyai urusan disekitar pejabat-pejabat parti politik seperti Umno,Mca,Mic dan Bangunan Mara boleh melihat sendiri projek pengindahan bandaraya ini yang digelar Legaran Segget namun masih mengekalkan identiti lamanya yang busuk dan kotor dengan sampah sarap.



Masih terdapat deretan kedai kayu yang usang di tengah2 bandaraya JB, terletak di belakang Legaran Segget. Semasa gambar ini diambil, terdapat kerja2 mengindahkan kawasan sedang dilakukan. JB cepat berubah rupa dari masa ke semasa.



Hubby selalu singgah 'kedai' ni setiap kali ke bandar JB. Dia berminat mengumpul duit Malaysia lama. Tapi hari ni yang tinggal hanyalah contoh duit Malaya zaman British yang telah di fotokopi saja.

Tiada ulasan: