Jumaat, 12 Disember 2008

MY BABY MAGAZINE


comelnyer anak ibu ni


Pada usia satu tahun, anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota keluarga yang lain.

Tempoh perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.

PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL

Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya :-

1
Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.
2
Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.
3
Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.
4
Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.

PENTING

Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.

1 ulasan:

jeff berkata...

>> nampak comel tu...
>> kanak kanak mmg cepat pembesaran mereka...
>> pejam celik dah besar...