Selasa, 16 Disember 2008

SYAHIR KINI ...SELAMANYA

Bila ibu tengok gambar ni, tak tahan rasa hati bila teringat betapa cemas ayah dan ibu. masa ni Syahir dah kurus sangat. Syahir hanya terdaya untuk merengek dan mengalir air mata. tak boleh makan dan sentiasa buang air besar walaupun hanya minum susu. masa kat hospital tuhan je yang tahu apa yang bermain di hati kami. bimbang yang teramat, takut2 si kecil mengidap penyakit teruk. bila doktor sahkan Syahir hanya mengalami radang usus yang biasa dihadapi anak kecil bila bertukar makanan. lega sedikit hati ayah dan ibu ini. untuk memastikan Syahir tetap boleh terima makanan ibu terpaksa beri Syahir makan nestum peringkat 3 semula. dulupun ibu telah diingatkan doktor bahawa perut anak ibu ni bermasalah sikit. so ibu kena hentikan dulu beri Syahir makan bubur nasi.



sekarang ni anak ibu dah sihat sangat berbeza dengan bulan lepas. pipi dah tembam balik. badan pun dah terasa berat. cuma satu je yang ibu tak tahan, syahir sekarang ni dah pandai mengamuk. 2 malam lepas pecah penutup minyak yuu-yii kena hempas sebab ayah tak bawa Syahir keluar sama. bila lambat buat susu dia menjerit sekuat hati. gerammmnyer.....


1 ulasan:

jeff berkata...

>> itulah antara pengalaman sebagai ibu bapa yg tidak boleh dilupakan...