Rabu, 4 Februari 2009

AKU MARAH SANGAT NI......

"-Suatu ketika ada seorang wanita namanya Asma yang kerjanya ialah menjual minyak atar kepada para wanita. Ketika beliau datang berjumpa Rubaiyyi r.anha binti Mu'awiz r.anhu untuk menjual minyak atarnya, Rubayyi r.anha memperkenalkan dirinya sebagai anak kepada Mu'awiz r.anhu. Mendengar dan mengetahui hal itu, Asma pun berkata :"Jadi kamulah anak kepada orang yang membunuh ketuanya."

Kerana keghairahannya kepada agama menjadikan ia tidak sanggup mendengar nama orang yang terlaknat seumpama Abu Jahal dikatakan sebagai ketua kepada bapanya. Lalu Rubaiyyi r.a menjawab: "Tidak, aku ialah anak kepada seorang yang membunuh hambanya."
Asma tidak menyukai perkataan itu diberikan kepada Abu Jahal, lalu berkata dengan nada marah:"Haram bagiku untuk menjual atar kepadamu." Rubaiyyi r.a menjawab dengan nada yang sama:"Haram juga bagiku untuk membeli atar daripada kamu. tidak pernah daku temui atar paling busuk sebagaimana yang ada padamu."

Kata Rubaiyyi r.a:"Aku sengaja menggunakan perkataan yang akhir itu semata-mata untuk menimbulkan kemarahannya."

Lihatlah kepekaan dan keghairahan Rubayyi r.a terhadap Islam. Beliau tidak sanggup mendengar nama musuh dianggap sebagai ketua. kita sering mendengar kata-kata manis dan penuh puji-pujian yang keluar dari bibir-bibir orang Islam terhadap musuh-musuh Islam yang nyata. apabila diingatkan, lantas kita dianggap berfikiran sempit.-"


Hendak dijadikan cerita, semalam aku post artikel bertajuk MENGENAL SIAPA YAHUDI yang aku copy-paste dari WWW.DARULNUMAN.COM. aku tukar tajuknye SIAPA MUSUH SEBENAR YAHUDI. aku rasa tajuk ni lebih bersesuaian dengan penerangannyer. dari artikel tu kita tahulah kini, berkurun lamanya bangsa yahudi ni sebenarnya telah ditekan dan ditindas dengan kejamnya oleh bangsa lain @ penganut kristian, tetapi hari ini bangsa yahudi ini pula berlaku kejam terhadap orang-orang Islam. kat hujung artikel tu aku buat nota sikit, tak disangka ader pulak yang blogger 'menyinggah' blog aku, nak tolong BETULKAN nota kaki aku tu.

Anonymous said...

"frankly speaking, kita memang perlu generasi bijak utk menentang mereka. perlu ke kita biarkan anak2 kita jadi bodoh semata2 kerana kita dilahirkan sebagai seorang islam? ambil mana yg baik, buang mana yg tidak, dengan mengikut cara pemakanan dan cara mereka besarkan anak bukan bermakna kita melatih anak kita menjadi seorang yahudi!
"

BENGANG ler aku, si anu ni komen pasal apa lak ni, bila masa aku note macam tu dalam blog aku, salahkah aku kata buat apa bijak seperti yahudi? si anu ni yahudi ke? tak sangka lak ada yahudi jadi blogger kat SINI. aku balas semula

"WAHAI CIK ANONYMOUS,
AWAK TERTELAN HEMPEDU KE..
MARAH LAIN MACAM JE...
AKU TAK KATA ANAK KITA TAK PATUT JADI BIJAK. AKU KATA PERLUKAH ANAK KITA JADI BIJAK SEPERTI YAHUDI?
ITULAH YANG AKU DAPAT BILA POST TERSEBUT DIBACA DISURUH RENUNGKAN PULAK. KITA PATUT ULAS ARTIKEL ITU MENGIKUT PANDANGAN KITA SEBAGAI ORANG ISLAM.
MEMUJI CARA PEMAKANAN ORANG YAHUDI SEDANGKAN KITA LEBIH ARIF DENGAN CARA PEMAKANAN YANG LEBIH BAIK MENGIKUT SUNNAH NABI..."

dia hantar lagi

Delete
Anonymous Anonymous said...

"haha, saya rasa anda yg baca dengan intonasi yg salah.

"PERLUKAH ANAK-ANAK KITA MENJADI BIJAK SEPERTI YAHUDI? BANGSA YAHUDI YANG MEMPUNYAI CORAK PEMAKANAN YANG DAPAT MENJADIKAN AKAL FIKIRAN YANG GENIUS HANYA MELAHIRKAN BANGSA YANG ANGKUH, SOMBONG, BURUK PERILAKU, ZALIM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAN."

saya petik balik kata2 anda. Kenapa nak disamakan bijak dengan yahudi? klau jepun, anda nak kata PERLUKAH ANAK KITA BIJAK SEPERTI JEPUN? Apa kayu ukur bijak itu sendiri? Kerana bangsa? Mungkin anda tak faham apa yg saya cuba sampaikan. Mungkin perlu saya rephrase.

Maksud komen saya, dengan melatih anak kita makan makanan yg sihat, dengan mendidik anak kita sedari awal seperti mana yg mereka buat, anak kita boleh menjadi bijak. Tiada kene mengena BIJAK SEPERTI SIAPA!

Yang saya cuba tekankan adalah, mengambil perkara2 yg baik. Takkan hanya memulakan makan dengan buah2an, memperbanyakkan makan kekacang, tidak memakan kepala ikan, itu dinamakan melatih anak menjadi seorang yg zalim & tidak berperikemanusiaan.

Fyi, orang Yahudi mengkaji kelemahan org Islam, dan dia gunakan kelemahan itu utk memperkuatkan bangsa dia. Sebagai contoh, Yahudi sekarang sibuk menanam pokok Gharqad kerana mereka kaji Al-Quran dan mereka dapat tahu hanya pokok itu yg akan membantu mereka dengan berdiam diri tatkala bertempur dengan orang Islam. Ini bermakna mereka mengkaji kita utk menewaskan kita. Kenapa pula kita tidak boleh buat benda yg sama.

Saya tak pelik kalau anda kata saya pro-Yahudi (walaupun pada hakikatnya tidak sama sekali) berdasarkan cara anda balas komen saya. Mungkin anda perlu lebih banyak membaca dan menganalisa, bukan setakat merenung dan terus mengomen tanpa berfikir.

Sorry to say that."

dah la dia ketawakan aku lepas tu dia kata aku baca ngan intonasi yang salah. mau tak salah aku tak cerita pun apa yang dia komen tu. mula tu fikir akukah yang mabuk atau yang komen ni orang yahudi. siapa masuk blog siapa, aku ke yang sedang beri komen dalam blog dia? cuba baca tulisan berwarna merah. dia kata apa yang dia cuba tekankan adalah, mengambil perkara2 yg baik. Takkan hanya memulakan makan dengan buah2an, memperbanyakkan makan kekacang, tidak memakan kepala ikan, itu dinamakan melatih anak menjadi seorang yg zalim & tidak berperikemanusiaan. banyak kali aku baca entry aku tu takde pun sebut pasal makan buah, kepala ikan and so on. kemudian aku tersedar rupa-rupanya dia ni mungkin blogger yang ada post artikel MENGAPA YAHUDI BIJAK yang aku baca di http://mengapa-yahudi-bijak.blogspot.com.

aku balas lagi komen tersebutDelete

"bila masa ko tekan, ko kata. itu artikel orang ko just paparkan kat situ. ala perasannyer. suka hati aku la nak kata apa. nak tulis apa. ade aku komen ko tu macam yahudi ker? ala cam bxxxxx ler ko nie.lain ler artikel tu atas daya fikiran ko sendiri kalau nak marah orang komen artikel tu...yang ko nak meroyan ni kenapa?"

Bila dah panjang macam ni, si anu ni rupanya tak setuju ngan nota kaki aku. tu yang panjang berjela dia 'mengajar' aku. mau aku tak marah, lain yang aku post lain pulak komen dia ni.

Anonymous said..

"haha, wat a mentality u have, nampak sangat you just paste the article without even bother to read it. Kenapa mesti nak melenting. This is blogsphere. U wrote your entry and we as a reader comment it, klau u tak suka org komen blog u, tutup je la. Kenapa nak maki2 pulak. Xsangka macam ni rupanya owner blog ni. Dari apa yg u tulis, i xsangka that u are that shallow!"

aku tak tahu nak kata apa lagi, dia cerita pasal artikel yang mana nie...ada juga orang yang meroyan macam nie. dia lupa agaknya pemikiran aku dan dia tidak sama. aku bukan dia dan dia bukan aku. semasa aku baca artikel MENGAPA YAHUDI BIJAK, apa yang terlintas di kepala aku ialah bangsa yahudi ni dikurniakan daya berfikir sehingga dapat mengkaji corak pemakanan yang baik tetapi hanya untuk kerosakan dunia. sebab tu aku post artikel SIAPA MUSUH YAHUDI YANG SEBENAR untuk membuka minda aku, merenung kembali siapa yahudi hari ini. kerana kebijakan mereka, dunia hari ini huru-hara.
bila si anu nie hantar komen dengan menyelitkan artikel lain aku pun bengang ler....

YA ALLAH KO NI KENAPA? AKU TAK KOMEN APA-APA PUN KAT BLOG KO. YANG NAK MENGATA AKU NI KENAPA?

"perlu ke kita biarkan anak2 kita jadi bodoh semata2 kerana kita dilahirkan sebagai seorang islam?"

AKU TAK KATA PUN KITA PERLU BIAR ANAK KITA JADI BODOH.
AKU KATA PERLUKAH ANAK KITA BIJAK SEPERTI YAHUDI?
AKU PUN CERITA PASAL BENDA LAIN. CUMA AKU AMBIL SIKIT PENERANGAN DARI ARTIKEL TU.
HISH,,,GERAM TAU AKU NI.

akhirnya si anu cakap begini pula

Delete
Anonymous Anonymous said...

terang lagi bersuluh, anda memang xmenganalisa, hanya membaca dan terus menyerang, kesian

another point, apabila meng-quote karya atau tulisan orang, sila letakkan credit, jangan buat macam karya sendiri, dari cara anda membalas komen, saya yakin yang anda tak mampu nak menghasilkan penulisan seperti itu.

one more thing, xpayah la nak jaja cerita yg saya marah anda kerana saya tisak sama sekali, panggillah sesiapapun (pastikan bukan penyokong kuat anda) membaca komen saya, tiada unsur amarah di situ, saya sekadar memberi komen ikhlas.

sampai sekarang saya tak tahu kenapa anda mesti melenting dan memaki saya. orang seperti anda tak layak wujud dalam dunia blog. atau mungkin saya boleh cadangkan anda off sahaja bahagian komen ini kerana anda memang jenis manusia yg tidak mampu menerima teguran dan pandangan orang lain.

sila balas komen saya supaya kita boleh terus ber'chatting'.

masalahnya si anu ni pengecut. cuba bagi tahu yang ko ni dari blog mana. so boleh aku check balik ader ker aku tinggalkan komen apa-apa kat blog dia. boleh jugak aku tumpang baca analisis kat blog dia. yang musykilnye aku tak komen apa-apa pun tentang artikel MENGAPA YAHUDI BIJAK kat mana-mana blog pun.

apa yang aku nak buat hanyalah cronicles tentang penyerangan pihak yahudi terhadap palestin. untuk pengetahuan si anu (yang rasa dia ni penganalisa yang HEBAT) kalau nak komen biarlah berlandas cerita dalam blog orang bukan tentang blog LAIN. memang betul aku tak analisa pun artikel MENGAPA YAHUDI BIJAK, pada aku dalam Islam dah ada panduan pemakanan yang lebih baik sesuai untuk umatnya. buat apa mengkaji kaedah mereka sedangkan mereka yang mengkaji cara Islam. dan aku tak suka suruh orang meniru mana kebaikan yang dibuat oleh orang bukan Islam. itu juga adalah hak aku dan CARA aku.

seperti yang aku kata, dalam Islam dah ada semuanya. kita ni umat akhir zaman, segala contoh yang baik dan berguna telah tersedia untuk dijadikan panduan. Jangan memandang apa yang orang sekeliling kita tak buat kemudian diambil contoh pada orang yahudi. apa salahnya ambil contoh para Rasul. Jangan kerana kita yang tak kaji Al-Quran dipuji pula usaha orang yahudi. kita sendiri yang sombong tak mahu ambil tahu.
Bagi mana-mana blogger yang post artikel tu terpulanglah pada pendirian mereka. jika mereka kata mereka hanya ingin mengambil iktibar yang baik itu hak mereka. aku tak pernah memperkecilkan atau memperlekehkan hak mereka. bagi si anu pula, pandai2 ler menganalisa atau mengkaji posting orang lain. betul aku tak buat credit tentang posting aku tu. tapi aku tahu orang akan tahu juga artikel tu dari mana. inikan dunia CYBER. dan aku tak buat blog ni untuk ko, kalau aku tak setuju komen ko, tu hak aku untuk bangkang. aku tak pernah suruh sapa-sapa pun tutup blog hanya kerana aku tak setuju ngan apa yang dipaparkan. kalau tak suka aku itu hak ko dan jangan datang sini lagi habis cerita. kalau rasa nak mencari lawan cari ler orang lain. aku memang tak suka berlawan. nabi kata kalau nak bergaduh pun cukup hanya 3 hari sahaja. TAK DITERIMA SOLAT SESEORANG JIKA BERMUSUH DENGAN SAUDARANYA. bagi aku pula cukup sampai hari ke 2 sahaja.

ini adalah sambungan nota kaki semalam, yang aku memang nak post hari ini untuk posting PENCEROBOHAN YAHUDI DI GAZA.

biarlah anak-anak kita bijak seperti Rasullah, corak pemakanan yang diamalkan baginda melahirkan zuriat yang bijak, lemah lembut serta membawa kebaikan pada dunia.



8 ulasan:

Anonymous berkata...

haha

xsangkat hanya kerana komen ada yg meletup sampai nak kiamat dunia

bravo!

honestly, you are overreacted, that's all ;)

s@yangh@sni berkata...

YA ALLAH,
DIA DATANG LAGI.....
KAN AKU DAH CAKAP TAK SUKA JANGAN DATANG. KALAU KO NAK KATA AKU OVERREACTED, KO TU APA? TUNJUK DIRI LER KALAU RASA BAGUS SANGAT. INI TAK DIA JADI IBLIS PULAK, MENAMBAH KEMARAHAN ORANG.DAH ORANG TAK SUKA KOMEN DIA NAK MENGUTUK ORANG PULAK.

Anonymous berkata...

saya tak pernah cakap saya tak suka blog anda, saya hanya komen, anda yg xsuka saya, tapi saya tetap nak tengok apa reaksi anda.

saya suka blog anda

click utk lihat saya

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c3/SMirC-tongue.svg/320px-SMirC-tongue.svg.png

s@yangh@sni berkata...

"LAHIRLAH KEROSAKAN DI DARATAN DAN DI LAUTAN, SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA USAHA TANGAN (KARENAH) MANUSIA SEDIRI (YANG JAHAT AKHLAKNYA)"
DAH RUPA ITU WAJAH KO, PATUT LER BEGINI SIKAPNYA.....
TAPI BILA KO CAKAP MELAYU NI SEDAP SIKIT LER BUNYI.

fzi berkata...

Salam anonymous...
Saya bagi pihak orang yang memerhati rasa eloklah diberhentikan 'chatting' yang nampaknya sdr semakin enjoy meneruskannya .. teruskan berbahas pasal hal ini di ruang-ruang blog yang sama hebat dengan suara sdr. Baru bertemu buku dengan ruas. Saya tidak bermaksud apa2 tapi tak baik lah kalau saudara mengulas bukan di tempatnya...dikhuatiri hanya mengundang dosa dari kata2 sdr yang sedikit menghina yang mungkin sdr sebenarnya tidak berniat ke arah itu... tq wassalam.

hamba ALLAH berkata...

assalamualaikum,

disini izinkan saya memberikan 1,2 kata::

Buat sayanghasni:
Apa yang anda cuba sampai mmg x salah dan ianya boleh dijadikan panduan yang berguna, sebagai seorang ibu yang mempunyai anak, anda tentu faham yang kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak kita setelah mengandungkannya 9 bulan.. saya mmg ada terbaca email yang dikirimkan kawan tentang "mengapa Yahudi bijak" dan sebenarnya ianya adalah kajian daripada al-Quran kita sendiri.. mungkin kita sekarang lalai dan tidak mengamalkannya jadi sedikit sebanyak email tu boleh membuka mata kita.. Rasulullah sendiri x pernah bermusuh dengan musuhnya... jadi bersabarlah dan x salah mengingati antara satu sama lain.

Bagi Anonymous:
Saya x menyebelahi mana2 pihak sebenarnya, walaupon saya sedikit bersetuju dengan komen yang diberikan... Tapi jangan lah memanjangkan dan melayan orang yang sedang marah... ini mendatangkan niat yang tidak baik, jika sayanghasni x bersetuju dengan komen anda tentu ada sebabnya, dan hanya dia saja yang tahu... sesungguhnya kita x dapat nak menghalang mereka2 yang selalu merasakan dirinya benar... Allah tu maha kaya dan semoga dia diberikan petunjuk.

Kesimpulannya::

Kita mesti menjaga hati supaya kita tidak melukakan hati orang lain. jika ada yang tersinggung harap dimaafi. Sabar dan kemaafan adalah nikmat Allah yang paling MULIA.

Anonymous berkata...

hamba allah & fzi:
saya mintak maaf, memang takde niat nak menyakiti, mungkin seperti penulis blog ini, apabila saya di maki sedangkan saya hanya memberi pandangan ikhlas, saya juga terasa dan ingin membalas, terima kasih buat hamba allah dan fzi, memang betul, tak perlu saya teruskan. biar betul macamana pun, saya tetap di anggap salah.

s@yangh@sni berkata...

TERIMA KASIH ATAS NASIHAT SEMUA.

"...MAKA SESUNGGUHNYA SABAR ITU ADALAH CUKUP INDAH. ALLAH SAHAJA TEMPAT DIMINTA PERTOLONGAN DAN TEMPAT MENGADU HAL TERHADAP APA YANG KAMU CERITAKAN..."-surah Yusuf ayat 18.

aku juga manusia biasa, seperti kamu di luar sana.