Ahad, 1 Februari 2009

LAYANG-LAYANG PUTUS TALINYA


Entah mengapa saat ini aku terasa rindu...rindu yang teramat sangat. rindu pada emak..rindu pada abah..rindu pada adik-adik.
sewaktu aku menonton berita utama tv3, tiba-tiba hubby tanya Atan mana, dah lama tak datang rumah. diorang ni tak tahu cari adik beradik ker?
sebenarnya hubby tak tahu aku berperang besar dengan Atan, memang dosa dia susah aku nak ampunkan..tapi Atan adalah adik aku yang kurang malunya. kalau diikutkan hubungan aku dengan dia semakin renggang sejak aku mula bekerja. aku rasa aku tahu kenapa?
tapi biarlah dulu kalau ada masa aku ceritakan kemudian.
pernah sewaktu ketika dia tumbuk aku dimuka sampai lebam. bukan sekali tapi enam tumbukan. hanya kerana aku matikan lektrik dalam rumah. salah dia juga, bukannya tak tahu abah tak suka dia masuk bilik tidur abah inikan pula bawa kawan-kawan guna tv dalam bilik tu. berbuih mulut aku suruh dia keluar, tapi dia buat dek aje. bila aku dah hilang akal menjerit macam orang gila akibat ditumbuk baru diorang nak keluar dari rumah. lepas tu melesap dia 2-3 hari tak balik. tahu pulak takut abah marahkan dia.
walaupun masa tu aku benci sangat kat dia tapi masa dia luka parah akibat kemalangan aku juga yang kena teman dia buat x-ray. hilang marah bila dia buat lawak bodoh dia tu. panas baran dia jangan cakap ler. mentang-mentang dia anak lelaki yang paling tua, dia ingat dia berkuasa sangat. adik-adik aku pun tak tahan dengan sikap dia yang suka membuli. masa tu aku boleh lagi terima dia. tapi selepas apa yang dia buat, yang pada aku memang suatu dosa tak mungkin terampun la..susah aku nak tengok muka dia lagi...kalau dia tak datang rumah aku lagi bagus, lagi aku suka.
semalam aku dengar tazkirah di radio hot fm. katanya solat yang tidak terangkat atau diterima Allah walau sedikit pun ada 3 golongan salah satunya adalah solat 2 orang bersaudara yang bermusuh sesama mereka. buat seketika aku jadi takut..tersentap seketika..adakah aku salah seorang dari golongan yang tidak diterima solatnya.
bila aku fikir-fikirkan balik memang wajar apa yang aku buat. aku saudara yang tua memang patut aku memarahinya begitu. salah Atan memang besar. besar yang teramat. aku tak tahu lah kalau dia dah sedar dosanya tu bila tua ke nanti, macam mana dia nak ngadap adik-adik yang dianiayainya itu. tapi aku tak bermusuh dengan dia. dia yang tak mahu datang sebab aku dah tahu salah dia. kalau esok lusa dia datang jumpa aku, aku terima juga kerana dia tetap saudara kandungku. selalu pun memang gitu, dia bukan malu pun. dia ingat bila dah lama orang akan lupa salah dia tu.
nak salahkan emak pun tak guna jugak. Atan tu dah 30 tahun umurnya. dah tahu bezakan yang haram dan yang halal. sekarang ni pun dah ada anak perempuan. tentunya pandai mengurus diri dan keluarga sendiri.
ndak salahkan abah lagi tak guna..pada abah, apa yang dia buat dulu adalah kuasa dia sebagai bapak yang bagi anak-anak dia makan. abah betul dalam semua perkara. tak boleh dibakang langsung. emak pun tak terkata apa.
namun apa yang berlaku hari ini adalah kesan masa lampau. kalaulah emak dan abah ulangtayang semula cara mereka mendidik anak, merenung kesan didikan mereka hari ini pasti mereka menyesalinya.
kami ini ibarat layang-layang putus talinya, melayang ntah kemana tanpa arah tujuan. andai berpaut di dahan yang rapuh terumbang-ambinglah penghidupan. andai tersadai di bumi nyata kukuhlah keimanan. bergantung jalan mana yang jadi pilihan.

Tiada ulasan: