Rabu, 4 Februari 2009

SYUKURI NIKMAT TUHAN


Alhamdulillah, sekali lagi tahun ini boss aku dengan murah hatinya telah menaikkan gaji staff-staffnya. aku berdoa semoga rezeki boss akan berlipat ganda hendaknya (boleh naik gaji lagi tahun depan) dan bonus tahun lepas kitorang dapat 2 bulan setengah. rezeki anak-anak kata orang.
aku memang dah niat tahun ni nak buat simpanan untuk Syahir, tak sangka berlimpah pulak rezeki yang aku dapat. Insya-Allah aku tetapkan iman agar hajat ini akan berterusan. aku mahu Syahir gunakan wang itu kelak untuk perkara yang bermanfaat, untuk sambung belajar contohnya tapi hajat hati aku yang sebenar, simpanan itu untuk kegunaan dia mengerjakan HAJI. mana-mana yang patut ler.
kalau boleh bila syahir dewasa kelak dia sudah ada sedikit wang simpanan untuk memulakan hidup sendiri. kalau boleh biarlah kehidupannya nanti lebih baik dari ayah dan ibunya ini.
aku hanya seorang kerani biasa lulusan SPM sahaja. usahkan ijazah, diploma pun aku tak ada. salah sendiri tak nak sambung belajar. sewaktu aku lulus SPM dulu, awal-awal mak dah sound kalau abah suruh aku sambung belajar cakap tak nak belajar lagi sebab aku selalu sakit. so masa sessi dialog bersama abah, abah cakap jangan menyesal kemudian hari. "setakat SPM jer kerja apa yang ko boleh dapat, takkan ko nak kerja kilang lagi. aku dah suruh ko yang tak nak, ikut cakap mak ko memang ko tak sekolah lah" masa tu aku tunduk je. tak berani nak betah..abah kalau bersyarah kalah khutbah Jumaat kalau dilawan mahu sebulan tak habis.... tapi aku tetap dengan keputusan tak mahu sambung belajar lagi. lagipun mak yang TAK bagi, dia kata kesian adik-adik pun nak sekolah jugak. kalau aku belajar lagi nanti orang kat rumah tak cukup makan. dari aku dipersalahkan kelak baik ler aku kerja jer boleh bantu mak sikit.
bila aku dah berdikari sendiri dapat pulak hulurkan duit sikit hubungan aku dengan mak pun mula nampak positif, tapi tak lama bila aku mula ada pakwe mak pun buat balik perangai lama. kali ni aku malas nak layan dah. aku dah bosan jadi sasaran hasrat si emak.
emak memang doakan aku jadi kerani je. kelakarkan bila seorang ibu mendoakan rezeki anaknya setakat jadi kerani je. tapi itulah hakikatnya. doa mak untuk aku makbul jua. tapi harapan dia terhadap adik-adik aku (untuk yang dah habis belajar) tak satu pun menjadi. contohnya mak nak adik aku si Dara jadi NURSE, tapi dia jadi HOUSEWIFE. si Najib pulak jadi POLIS tapi dia kerja FOREMEN je. si Bujang jadi BOMBA tapi dia PEKERJA INDUSTRI. Setakat ni hanya aku dan Atan je yang menjadi seperti kehendak emak. aku jadi KERANI dan atan jadi MEKANIK. memang lawak bila dikenangkan semula. aku ingat betul ayat mak suatu hari tu-pada FIRASAT mak, aku ni paling tidak pun jadi kerani je sampai tua. masa tu aku menangis dalam hati sebab aku dah tahu kenapa dia tak bagi aku sambung belajar lagi.
hari ini aku terima kerjaya yang telah sebati dengan diri, lebih 10 tahun aku jadi kerani. dengan gaji yang sepadan dengan taraf pendidikan aku ni, pada aku dah cukup untuk perbelajaan aku sendiri. bukan nak mendabik dada bangga TAPI aku syukuri nikmat yang ALLAH beri, walaupun hanya dengan SPM hari ini aku hidup senang. kerana definasi SENANG pada aku hanyalah cukup makan-pakai dan tidak ditindih beban hutang, hidup bersederhana. itulah kesenangan yang aku cari. sekali sekala andai ada kelebihan wang dapat jugak aku merasa pakai barang yang mahal. sekali sekala dapat jugak makan di restoran yang mahal.
cuma aku perlu beringat setiap rezeki yang melimpah ruah hari ini adalah rahmat dari yang Esa dan aku sekeluarga wajib mensyukurinya.
dan paling disyukuri aku punyai suami yang tahu menggunakan wang dengan sebaiknya. kerana dulu dia pun hidup susah. dan doa aku sebagai isteri pula dimakbulkan tuhan. betullah kata DR FADZILAH KAMSAH kalau kita mahukan sesuatu kita perlu berdoa. setiap hari kita tulis dan baca berulangkali. Insya-Allah selagi permintaan kita yang baik-baik pasti akan termakbul jua kerana Allah itu MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANG dan MAHA KUASA.



1 ulasan:

fzi berkata...

Salam..
Yus, kisah yang yus citer ni buat akak rasa sedih sangat. Bila baca kisah yus yang banyak tempuh dugaan akak jadi termenung sekejap, kagum dengan ketabahan hati yus dalam hadapi banyak perkara. Rasa2nya yus ni memang benar2 tahu erti kehidupan. Ramai yang leka dengan dunia hari ini sebab tak biasa dengan kehidupan yang susah pada awalnya. Tapi yus mencapai nikmat kesenangan hari ini dari hasil keringat dan usaha sendiri...tahniah yus, akak berbangga dapat kenal yus...seorang yang cekal dan tabah.. Moga yus suami isteri beserta Walid diberkati Allah sentiasa...amiin