Jumaat, 6 Februari 2009

MENCARI KEBAIKAN PASANGAN

Semalam aku 'jengah' ISUHANGAT.BLOGSPOT, entrynya bertajuk PETUA DARI FADZILAH KAMSAH. dan aku tertarik nak kongsi kisah aku di sini mengenai petuanya yang ke 7.

Adat berumahtangga memang ada pasang surutnya, tak kira lah hubungan itu dalam proses bulan madu ataupun sudah meniti senja. kalau tak pandai bawa diri silap-silap boleh runtuh mahligai yang dibina. nak kata aku bagus sangat pun tak juga, tapi mungkin kisah ini boleh dibuat teladan.

aku dan hubby bercinta hampir 4 tahun. bila dah lama sangat berkenalan sekurang-kurangnya kami tahu kelebihan dan kekurangan masing-masing. walaupun sebelum itu aku pernah berkawan dengan orang lain yang mungkin lebih baik dari hubby aku ni namun hari ini aku bersyukur kerana dia yang ditakdirkan menjadi pasangan aku.

seperti yang aku ceritakan sebelum ni, aku adalah anak sulung dari 14 orang adik beradik. dan aku punyai keluarga yang tak seindah dilihat orang. aku dididik dengan cara yang kasar. maksud aku..diajar supaya hidup berdikari sebelum waktu. setelah aku berumur 21 tahun, bila aku mula mengenali diri sendiri (masa tu aku baca kitab tassawuf abah tentang mengenal diri) aku sedar yang aku ni bersifat kasar, mudah melenting, mudah kecil hati, cakap lepas dan jarang2 menjaga hati orang. dan percaya atau tidak kerana sikap itu aku seorang yang tak mudah berkawan (selepas aku kenal diri). padahal sebelum itu aku berkawan dengan sesiapa sahaja tak kira lah walaubagaimana sekalipun rupa akhlaknya. kerana masa tu aku fikir kalau orang itu berwatak jahat (walaupun telah dewasa) mungkin kerana dia juga punya ibubapa seperti aku.

tapi lama-kelamaan aku sedar yang perangai kelakuan kita ini juga cara kita berfikir sebenarnya boleh diatur dan diubah-ubah mengikut kehendak kita. kita boleh jadi sesiapa sahaja yang kita suka. kalau kita nak jadi baik maka baiklah jadinya, jika sebaliknya pun begitu juga. sampai bila kita nak salahkan didikan orang tua yang membesarkan kita sebelum ni. takkan orangtua kita panas baran kita juga panas baran, takkan orangtua kita kaki judi kita pun kaki judi. sebab itu kadang-kadang kita dengar anak pak imam pun boleh jadi perompak. semua itu kerana kita yang mahu diri kita seperti itu.

aku selalu bandingkan keluarga aku dengan keluarga orang lain. ada yang serupa, ada yang jauh lebih baik dan ada juga yang lebih teruk lagi. kebiasaannya aku suka ke rumah kawan-kawan yang punya keluarga lebih baik dari aku. mungkin diorang pun tak sedar bagaimana sebenarnya kehidupan aku di rumah sebab mereka selalu lihat aku happy go lucky.

dan menjadi masalah sebagai anak yang cukup 'bermasalah' ini ialah bila aku lihat orangtua aku bertengkar. faham-faham sajalah bila dah bertengkar ni mestilah kerana marah yang tak tertanggung lagi. jadi bila dah marah yang teramat sangat sampai meledak begitu, pasti segala buruk pasangan disebut-sebut dan menjadi api semarak dalam pertengkaran tersebut hingga si suami hilang sabar dan mula angkat tangan. apabila sudah terkena tangan di pipi si isteri maka timbullah rasa benci di hati isteri itu tadi. bila ada rasa benci pada si suami maka akan berlarutan rasa benci si isteri sehinggakan jika ada anak yang dilebih-lebihkan oleh si suami itu tadi maka berdendamlah dia pada si anak itu. akibatnya walau sebesar mana pun usaha si anak yang berumur 9 tahun sehinggalah anak itu melangkah kaki ke alam perkahwinan, cuba mengambil hati ibunya tetap si isteri itu tadi tidak boleh melupakan kesan tangan yang menyentuh dirinya.

macam tulah dasyatnya kesan tangan yang menyinggah di pipi. sebab tu nabi kata kalau nak pukul jangan dipukul pada muka, pukullah dikaki. kerana sakit di muka boleh sampai sakitnya hingga ke hati. walaupun begitu, abah ngan mak aku takde ler selalu bergaduh macam tu (biasanya diorang perang mulut je). nanti orang kata aku ni nak cerita buruk keluarga aku aje.

tak! tak terniat pun nak buat begitu cuma sebagai pedoman bagi sesiapa yang membacanya. so pengajaran yang aku dapat ialah sewaktu aku berumur 15 tahun bilamana aku sudah pandai 'jatuh hati' dengan insan bernama lelaki, aku berdoa kepada Allah Subhanahuwa Taala agar aku dijodohkan dengan lelaki yang tak ada satu pun sikap abah pada lelaki itu. aku berharap dia juga dari negeri Johor dan namanya bermula dari huruf 'M' dan akan berkahwin apabila aku berumur 25 tahun. kenapa? yang tu aku tak ada jawapan. tetapi begitulah doa yang aku pohon pada waktu itu. dan sebagai jawapan dari doa tersebut aku bertemu jodoh dengan pemuda berasal dari Batu Pahat bernama Mazri ketika aku berumur 25 tahun. dan Alhamdulillah dia bukan orang yang mudah marah. percaya pada Qadak dan Qadar? maka percayalah cerita aku ini.

kerana aku seorang mudah merajuk maka hubby tak suka pujuk. dia akan buat aku lupa kemarahan aku dengan bersikap selamba. kerana hubby tahu aku pandai pujuk hati sendiri dan marah aku hanya sebentar saja. pengalaman hidup yang dulu membuat aku berjaya menghilangkan rasa marah dengan mudah. hanya duduk diam 2-3 jam, fikirkan semula kesilapan aku dan kenangkan kembali kebaikannya..ting..marah aku pun sirna.

2 ulasan:

Cho Zila berkata...

>>salam hasni..
>>apa petua yang ke 7 tu hasni??
mencari kebaikan pasangan..
>>temanpun fikir gitu kerana kalau kita cari salah dia, dia pun boleh cari salah kita..kitapun bukan sempurna.. selalunyer teman muhasabah diri teman gitu kalau dah ada rasa marah2 datang..
>>dan selalunyer teman tau kalu kita terus rasa kita betoi dan dia salah memang ler syaitan akan membantu pemikiran kita..
>> semoga kita dijauhi dari sifat tak baik..

s@yangh@sni berkata...

salam cho zila...
artikel Dr Fadzilah mengenai cara mengekalkan kerukunan rumahtangga..
mencari kebaikan pasangan adalah petua yang ke-7

yus selalu pratikkan petua tu..
yus ni panas baran mudah melenting
petua tulah yus amalkan dalam mana-mana perhubungan...
kalau diiukut rasa marah memang boleh jadi dendam..
tapi kita orang Islam kan...
Allah dah ajar umatnya cara mengatasi masalah....