Jumaat, 6 Mac 2009

MAULIDUR RASUL

"orang besar lahir daripada golongan orang besar".
Nabi Muhammad saw lahir dari keluarga Quraisy keturunan Ismailiyah iaitu dari susur galur keturunan Nabi Ismail putera Nabi Ibrahim lebih kurang yang ke 60. MUHAMMAD saw-ABDULLAH-ABDUL MUTTALIB-HASHIM-ABDUL MANAF-QUSAY-KILAB-MURRAH-KA'AB-LUAI-GHALIB-FAHR-MALIK-ANNADR-KINANAH-KHUZAIMAN-MUDRIKAH-ELIAS-MUDAR-NIZAR-MA'AD-ADNAN-ADD-HUMAISI-SALAMAN-AUS-BUZ-QAMWAI-UBAI-AWWAM-NASHID-HAZA-BILDAS-YADLAF-TABIKH-JAHIM-NAHISH-MAKHI-AID-ABQAR-UBAID-ADDA'A-HAMDAN-SANBIR-YATHRABI-YAHZIN-YALHAN-AR'AWI-AID-DESHAN-AIHAM-MUKSAR-ZARIH-SAMI-WAZZI-ADWA-ARAM-HAIDIR-ISMAIL as-IBRAHIM as. Nabi Muhammad saw telah lahir pada hari Isnin 20 April tahun 571m bersamaan 12 Rabiul Awwal di Mekah al-Mukarramah sebagai pembawa rahmat menerangi semesta alam juga sebagai perintis peradaban Islam. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas (satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi).

Diriwayatkan pelbagai peristiwa aneh berlaku sebelum, semasa juga selepas kelahiran baginda. Semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Sebelum kelahiran baginda, peperangan hampir meletus apabila tentera bergajah datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh panglima perang yang menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah. Tahun itu juga di kenali sebagai tahun Gajah sepertimana Allah Taala menerangkan kejadian ini dalam surah Al-Fiil ayat 1 - 5, yang bermaksud:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
Aminah juga turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Diriwayat Amina merasa sangat bahagia dan segera ia mengutus seseorang kepada Abdulmuttalib : "Sesungguhnya telah lahir bayi untukmu. Oleh karena itu, datanglah kemari dan lihatlah bayi tersebut!"

Abdulmuttablib pun datang. Amina menunjukkan bayinya dan menceritakan padanya apa yang dialaminya selama masa kehamilannya. Dengan sangat bahagia Abdulmuttalib mengangkat cucunya dan membawanya menuju Ka’ba. Ia bersyukur pada Allah dengan sepenuh hati atas kelahiran Muhammad, yang merupakan suatu kurnia untuk seluruh umat manusia.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui"

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail. Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 yang bermaksud:

"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?"

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan dalam surah Al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud:

"sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada nabi. wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"

al-Nasai dan Ibnu Hibban meriwayatkan, Rasullah saw berpesan


"sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

semoga Allah Taala menganugerahkan kita balasan yang baik kepada amal baik dan mendapat manfaat dari peristiwa ini.

*fakta menarik. tahun ini 12 Rabiul Awwal jatuh pada hari Isnin.

**ilustrasi hanya hiasan semata-mata
***dari sumber yang sahih.

5 ulasan:

Jie berkata...

Salam

terimakasih kerana singgah blog sy.

Tinggal kat Taman Scientex ye..saya dulu pernah 2 bulan ( cuti sekolah hujung tahun) tinggal di Taman Cahaya...suami kerja untuk projek Lebuhraya Senai-. Desaru-Pasir Gudang.

Kerja kat Kong Kong

fzi berkata...

Salam yus,

Nasihat akak buat diri sendiri, keluarga serta kawan2, jom la kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi s.a.w.

Kita mulakan dengan berselawat sebanyak 10x setiapkali selepas solat fardhu.

Jika itu dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya kita sudah berjaya menyempurnakan selawat ke atas Rasulallah s.a.w sebanyak 50x dalam sehari di luar solat.

Nak lebih dari tu lagi la baik...

Moga sama2 beroleh syafaat Rasulallah s.a.w di akhirat nnt..Amiin..

kaklong69 berkata...

SLM MAULIDURRASUL.SEMOGA APA YANG DIPAPARKAN AKAN MENGUATKAN KEMBALI INGATAN KITA DAN SENTIASA BERSELAWAT ATAS NABI MUHAMMAD SAW.

YUS JGN SEGAN2 JADI FOLLOWER KL YA.

stROZze berkata...

selamat menyambur maulidur rasul. satu cerita yg dpt refresh kita semua ttg kelahiran nabi saw..

s@yangh@sni berkata...

kujie: oh ye ker? dekat ngan taman yus tinggal sekarang.

fzi: terima kasih kak, selalu buat, tapi tak sedar manfaatnyer...

kaklong: yus ada buat link ke blog akak, tapi belum update untuk follower ...lupa ler...

strozze: memang itu lah tujuannye...