Rabu, 22 April 2009

BERMULA SEKARANG

SELAMAT HARI BUMI SEDUNIA....
Malam semalam aku tonton rancangan Oprah (rutin aku setiap malam) berkenaan Hari Bumi.
Banyak juga info yang aku dapat bagaimana atau apa yang harus kita lakukan untuk menjaga kesejahteraan bumi. Antara jemputan yang hadir semalam adalah Julia Robert, Sandra Bullock dan Al Gore tak lupa penulis buku Gorgeously Green - Sophie Uliano.


buku ini ada menerangkan bagaimana cara untuk menjadi sahabat kepada bumi.

Kata Oprah setiap sesuatu yang kita hendak lakukan mulakan dengan langkah kecil. Mula bertindak sekarang jangan bertangguh. Bila tindakan telah diambil pasti ia memberi suatu permulaan yang baik untuk berterusan dilakukan.
So sempena hari penting ini, apa yang paling mudah untuk kita lakukan ialah mulakan dengan membeli barang-barang organik. Sayuran organik, buah2an organik, beras organik dan barang lain yang asasnya selamat untuk bumi. Kenapa kita perlu beli yang organik? Sebab itu adalah cara paling senang untuk kita lakukan. Memangler mahal - buat masa sekarang- tapi cuba bayangkan jika permintaan semakin tinggi kemungkinan pasarannya akan menjadi luas dan sudah tentu harga pun akan jadi murah. Kalau kita semua punya kesedaran ini sekarang, Insya-Allah apa yang akan masuk ke dalam badan generasi kita akan datang akan lebih selamat tanpa bahan radiasi, baja kimia dan air kumbahan.

Selain itu belajar bawa beg shopping dari rumah seperti yang diamalkan di Jusco hari ini. Beli saja beg2 yang ada seperti di Jusco tu dan gunakanlah ia setiap kali kita pergi berbelanja. Ini boleh menggelakkan penggunaan plastik. Apa yang aku tahu bahan2 plastik ini jika tidak direcycle dan sampai ke pusat pelupusan sampah ia mengambil masa selama seratus tahun untuk dilupuskan sepenuhnya. Elakkan juga bahan kertas di rumah. Guna kain pengelap yang boleh diulangpakai dan bukannya tisu. Paling penting beli barangan asas kaca dan tembikar untuk kegunaan harian.


Tong kompos yang digunakan di USA

Sebagai surirumah pula kita boleh mulakan dengan membuat pengasingan sampah. Bahan yang boleh dikitar semula perlu diasingkan dari bahan lebihan makanan. Antara praktikal yang boleh kita buat jika mampu ialah menyediakan satu tong kompos iaitu dimana bahan lebihan makanan diproses untuk dijadikan baja kompos. Dalam Oprah yang aku tonton semalam, untuk memproses baja tersebut kita perlukan sebaldi kecil cacing tanah dan sedikit tanah hitam. Letakkan dalam satu tong hitam yang boleh menapis tanah tersebut. Setiap kali ada sisa makanan yang terbuang kita masukkan dalam tong tersebut. Dengan cara ini kita boleh selamatkan enviroment dan juga manfaat dari baja kompos tersebut untuk suburkan tanaman.
Selain itu gunakanlah pencuci yang selamat dan semulajadi. Contohnya untuk wangikan rumah, cuci pinggan mangkuk dan kotoran di table top gunakan perahan lemon. Untuk kotoran degil pula kita boleh gunakan air yang dicampurkan cuka putih dan baking soda. Setiap kali berbelanja barang dapur juga barangan harian teliti dulu kandungan yang ada pada setiap barang. Kenalpasti kandungan bahan kimia. Dengan inisiatif begini kita akan jadi orang lebih bertanggungjawab.

Sandra Bullock menunjukajar pencucian menggunakan lemon

Tanggungjawab suami pula belajarlah menukang dari sekarang. Ulangpakai kayu2 yang ada untuk mengelakkan penebangan hutan. Rajin2 ler menanam daun2 kering untuk mengelakkan pembakaran terbuka, tanam pokok, ajar anak2 tentang alam sekitar dan bawa mereka mengenali alam sekeliling. Senangkan. Kerja yang paling mudah untuk dilakukan.
Dari apa yang aku tonton semalam memang banyak yang boleh kita lakukan. Antara mahu dengan tidak saja. Buat masa sekarang memang ramai orang yang tidak ambil peduli. Kita masih tetap ditakuk lama dan tiada langsung rasa hati mahu bertindak.
Harap2 dengan sedikit info ini kita akan mula melangkah untuk lakukan sesuatu. Jika setiap manusia di muka bumi ini mengambil peranan walaupun kecil, perubahan yang berlaku tetap besar dan bermanfaat untuk anak2 kita dimasa akan datang.

9 ulasan:

Carol-fcp berkata...

wah...sandra bullock..
i like her sis..

s@yangh@sni berkata...

tahu tak sekarang dia dah buka restoran.
semua bahan yang digunakan dalam kedainya adalah eco-friendly.
cawan, sudu garfu dan bekas untuk pembungkusan diperbuat daripada serat tebu
kerusi meja diperbuat dari kayu lantai sebuah rumah usang,
lilin yang dibuat dari ekstrak soya..
macam-macam lagilah usaha yang dia buat..
untuk kesejahteraan bumi ini..
kagumkan..

gayour berkata...

Critical Mass

The bio-sphere, the place we live
It seems like we don't give a damn
Other species flushed down the tubes
We need another race to rape
The way we live we will destroy
Every other living thing
'Til none are left except our race
And then we will destroy ourselves

Another oil spill
Atomic waste displaced
Another forest dies
Bring on the acid rain

Slightly insane, the type of greed
That makes a world unfir for life
Toxic wastes destroy the seas
While poison gas pollutes the air
A waste of life, while no one cares
The earth becomes a giant tomb
Critical mass will be achieved
And ruins will be all that's left

Another oil spill
Atomic waste displaced
Another forest dies

A Hell on Earth, what we create
Dragging life to death with us
All living things destroyed or used
By shortsighted human beeings
We do these things, let them be done
Apathy creates despair
The damage done will be too great
The world wounded beyond repair

Another oil spill
Atomic waste displaced
Another forest dies

nuclear assault

s@yangh@sni berkata...

Abg Gayour,
thanks arr..

(tiba2 hidungku kembang kuncup kebanggaan yang amat)

yginsaf.com berkata...

dh lamer tak tengok oprah teww..

Carol-fcp berkata...

wah...dh la sandra bullock 2 cantik...syg bumi pulak...
gilos la..kalo la carol jdi lawa cm dia kn best kn sis?

s@yangh@sni berkata...

en me,
Oprah tu start pukul 8.00 malam kat Hallmark channel, biasanya orang lain tgk buletin utama..

adik sayang oiii..
awak tu pun cun jugak lerr..
pernah tgk masa si Sandra tu sekolah..
gumuk sey..tak cun pun..
dia pun ngaku dulu dia tak cantik..

Carol-fcp berkata...

wah...xngaku dia cntik dulu?
mmg baik la dia 2..

s@yangh@sni berkata...

nyampahnnyerrrrrrrrrrr....
bila dah minat sumenyer baikkkkkkkkkk gitu...