Selasa, 21 April 2009

EARTH DAY 2009 (HARI BUMI 2009)

Hari Bumi (EARTH DAY) merupakan nama bagi
dua sambutan yang berbeza,
kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga
di
hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan.
Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran
dan penghargaan kepada alam sekitar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan
Hari Bumi,




yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969,
setiap tahun ketika ekuinoks,
iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh
Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar
dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai
Hari Bumi,

yang diraikan di kebanyakan negara
setiap tahun pada 22 Apri
l.


Dokumentri mengenai bumi yang sedang nazak.


Sejarah Hari Bumi 22 April

Pada September 1969,
dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington,
Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan
bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi
dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan
terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya
mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara
untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara.
Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya."
Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta
rakyat Amerika Syarikat memenuhi
taman dan auditorium.

Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya
United States Environmental Protection Agency/US EPA.
Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama,
pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times
mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill
yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar.
Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun
sebelum Hari Bumi pertama diraikan. Setiap tahun,
Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran
bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970.
Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi
mulai berkembang secara global.

Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak
untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.

Apa sumbangan kita pada bumi..
sama-samalah kita fikirkan..
cara terbaik untuk menguruskan..
tempat tinggal kita ini..
satu-satunya Bumi yang kita ada..


9 ulasan:

Carol-fcp berkata...

haiya sis...
knp esok hri bumi?
omputih pndai2 je pilih tarikh ni

s@yangh@sni berkata...

ko nie,
penat jer akak google nak tahu kenapa esok hari bumi..

apa2 pun paling senang nak jaga bumi nie elakkan pembakaran terbuka...
betul tak????????///

D'ClassicShoppe berkata...

yus..terimakasih sudi masuk kedai antik akak..
akak dah balas email tau..
lain kali kalau ada apa2 pertanyaan email atau sms..akak jarang tengok comment..heheh
comeinya anak yuss.....

D'ClassicShoppe berkata...

terimakasih yus sudi jenguk kedai akak..lain kali kalau ada pertanyaan yus email atau sms akak sebab akak jarang baca comment..heheh
comei anak yus...sorang je ke??

s@yangh@sni berkata...

baik puan........
lepas nie kalau ada yang bunga kangkong..
roger saya k???
hi..hi..

D'ClassicShoppe berkata...

woiitt...tak yah panggei puan..panggil kak jah aja..heheh

fzi berkata...

Oooh... tak boleh le hsbd akak teruskan aktiviti kegemaran dia yus... bakar daun2 kering... :)

s@yangh@sni berkata...

baiklah Kak Jahhhhhhhhhhhhhhhh..
hi..hi..hi..

s@yangh@sni berkata...

kak fzi,
hi..hi..memang tak boleh ler..
lepas ni kita belajar komposkan sampah guna cacing lak..