Isnin, 4 Oktober 2010

DIA TELAH KEMBALI PADA-NYA

6 hari lagi 
genap sebulan pemergian 
arwah bapa mertuaku 
ke pangkuan Ilahi. 
maka 6 hari itu juga bermakna 
Syawal bakal berganti..
mmg raya tahun nie rasa tak macam raya. 
bila dikenang balik.
raya tahun lepas adalah 
raya yang paling meriah.
buat pertama kali 
arwah abah beraya di rumah kami.
semasa abah ada tu 
ramai sedara yang berkunjung ke rumah..
rasa tak menang tangan dek 
kerana asyik masak-masak dan masak jer..
sungguh tak sangka rupa2nyer 
tulah raya terakhir aku bersamanyer..

hari ni...
aku rindu sangat..
sedih sangat...
takde dah abah..
yang paling sedih..
bila ketotku kata..
dia nak nangis..
dia ingat atuk abah..
dia nak jumpa atuk abah..
atuk abah dia demam..
atuk abah kat rumah dia..
sorang-sorang!!!


IBRAHIM BIN YUSOF
1935-2010

aduhaiii, sayu sangat..
harap2 ler ayah dia nak..
bawakan dia ke 'rumah' atuk dia tu nanti..

aku,
semoga arwah abah sentiasa dicucuri rahmat-Nya..
dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..






2 ulasan:

TuYa berkata...

alfatihah utk arwah..
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..

Tanpa Nama berkata...

al Fatihah utk nya..

1 hari raya ke arwah meninggal?
sedih kan Hari Raya sepatotnya kita gembira..tp dia pergi utk selama2 nya..

arwah mak aku genap 2 tahun masa raya ke-4 ituhari. aku mmg dpt rasa lah apa yg ko rasa...Dekat setahun baru aku kuat smgt dan kembali mcm biasa..

doa kan saja mereka2 yg telah pergi agar tenang di sana...