Sabtu, 24 Januari 2009

KALAU SUDAH TAKDIRNYA BEGITU.....

Semalam, sambil aku selesaikan basuhan terakhir aku tercongak-congak perkiraan hidup yang bakal mendatang. cukupkah harta yang ada untuk bekalan hari tua. merasa tuakah aku nanti? pernah suatu masa si ayah menyuarakan hasrat hati untuk menhantar si anak belajar musik. teringin dia nak lihat si anak menjadi komposer. terkunci seketika pintu akal. hilang punca untuk mematahkan bicara. perlukah si ayah ini diajar cara-cara mendidik anak? salahkah cita-citanya itu?
teringat sewaktu aku kecil dulu, mak dan abah aku tak pernah beri apa-apa harapan untuk aku. orangtua aku hanya berharap aku bersabar beralah dengan adik-adik aku yang ramai tu. gaji abah rendah, tak boleh berbelanja besar, kalau aku dapat makan dan bertukar pakai pun sudah cukup. so tak boleh lah nak demand baju baru setiap kali raya atau berganti baju sekolah setiap tahun. bila aku menjangkau umur remaja, gaji abah waktu itu dah cukup selesa, sekali lagi emak dan abah menyatakan aku mesti beralah lagi kerana waktu ini adik-adik lebih memerlukan. aku pula mencari alternatif lain untuk merubah hidup, tak mahu hanya bergantung pada orangtua..seawal umur 14 tahun aku sudah bekerja di kilang setiap kali cuti sekolah hujung tahun. dengan pendapatan 3 hingga 4 ratus itu bagi aku dah cukup besar untuk aku bertukar beg sekolah, beli pakaian yang sesuai atau berganti selipar sekurang-kurangnya. untuk dapatkan duit belanja sekolah seringgit setiap hari aku akan membantu emak menjaja air batu di sekolah agama pula. kadang-kadang aku rasa malu juga jika ada kawan-kawan sedarjah yang datang membeli, tapi apakan daya aku tak berani buka mulut untuk meminta jika wang itu bukan aku yang usahakan. dan bila aku mula dewasa pertuturan emak dan abah dah mula berubah, mereka salahkan takdir bila mana aku tak dapat diberi kesenangan, terpaksa beralah selalu dan mereka menyesal semua itu berlaku. kadang-kadang aku jadi bingung. dulu aku lihat mereka taklah susah mana tapi mereka selalu kata mereka susah. dan aku turut 'tersusah' sama. hanya aku yang sorang je anak yang susah tapi adik-adik aku tak pulak. walaupun mereka ada menyumbang tenaga tapi pakaian baru tetap ada terutamanya yang lelaki. memang susah kalau dalam rumah tu hanya aku seorang saja yang susah...
itu memang kenangan pahit sebenarnya bagi aku..walaupun ada hikmah disebalik semua pengalaman lampau tetap aku rasa aku tak patut lalui semua itu.
namun aku tak boleh salahkan emak dan abah,kalau sudah takdirnya begitu.
tumpuan kini tercurah pada Syahir, sebolehnya aku tak mahu nasib yang sama menimpa dia. aku akan cuba mendidik dia sehabis baik. selagi dia dalam perhatian kami selagi itulah keseimbangan ilmu dunia dan akhirat akan kami atur dengan cermat. walau apapun ilmu yang dia dapat aku berharap ilmu itu akan meletakkan dirinya dijalan yang benar. kalau ikutkan rasa hati si ibu ini, aku lebih rela si anak belajar pondok saja.apa yang penting sekarang ni, aku dan suamilah yang perlu bergandingbahu memikul amanah Allah, mendidik bakal khalifah di bumi ini menjadi insan mulia, penegak sirah Islam sejagat. biar apa orang nak kata bagi aku ketika dunia menuju ke akhir zaman ilmu agama lebih penting dari ilmu kedoktoran dunia atau ilmu undang-undang dunia. hanya ilmu agama yang boleh selamatkan kita dari hasutan iblis laknatullah. hanya ilmu agama yang boleh dibawa hingga ke liang lahad. sebab itu aku kata walau apa sekalipun ilmu yang dia dapat biarlah ilmu itu berlandaskan islam. hanya yang sebenar-benarnya Islam akan meletakkan dia dijalan yang benar. AMIN..AMIN YARABILALAMIN...

2 ulasan:

seri orkid berkata...

Salam...
Yus... Yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah di sebaliknya.
Wah best buku2 yang yus baca tu... eloklah tu.. jom kita usaha menimba ilmu sebanyak mungkin. Sesungguhnya tiada ilmu tanpa usaha dan seterusnya tiada amal tanpa ilmu..
k yus take care...wassalam

jeff berkata...

>> apapun, yang penting kita mensyukuri segala apa yang dikurniakan...