Isnin, 23 Mac 2009

DIA DAH PERGI DAA...

Istilah FRUST MENONGGENG memang bertepatan dengan sikap si WALID ANWAR @ SYAHIR sejak 2 menjak nie. kalau ikutkan hari ni hari ke-4 aku dan Syahir ditinggalkan hubby yang dah mula bertugas semula. Kali nie hubby ke Trengganu selama 2 bulan. Malam pertama, malam kedua rasa sunyi lain macam jer. Mana taknyer dah terbiasa rumah kami meriah dengan gelak tawa si ayah melayan si bujang kecik nie. Tiba-tiba sunyi sepi pulak. Si kecik nie memang susah nak dengar dia ketawa kalau tak kena gaya menyakatnyer. Bila aku gurau-gurau dia hanya tersengih-sengih menayang gigi dua batang tu. Sejak ayahnyer kerja nie kelihatannyer seperti orang tak bermaya jer. Sampai pagi tadi pun badannyer masih dedar lagi. Rindu kat ayah ler tu. Semalam sehari suntuk dia tak mahu makan bubur nasi seperti selalu. Bila aku suapkan dia mula menangis. Puas dipujuk tetap tak mahu juga. Sudahnyer berbotol-botol minum susu sampai termuntah.
Aku memang awal-awal lagi dah cuak ndak tengok cammana penerim
aan si Syahir bila ayahnyer tak muncul di rumah. Gusar jugak bila mengenangkan dia akan mencari lengan ayahnyer tatkala sedar dari tidur malamnyer. Namun begitu Alhamdulillah, dia takde ler mengamuk waktu minta susu seperti kebiasaannyer.
Tapi aku kesian jugak tengok dia kerinduan begitu, walaupun Syahir belum faham sangat namun mulutnyer tetap mengomel ntah apa-apa bunyinyer dengan riak sedih. 2 hari pertama dia di rumah tanpa kelibat ayahnyer membuatkan dia tercari-cari. Habis seluruh pel
usuk rumah yang dapat dia jangkau dijelajahi. Sambil merangkak tu dia geleng-gelengkan kepala seolah-olah apa yang dicari tidak ditemui.
Aku pulak emotional bila si anak memanggil "ayah" sambil tangan berpaut pada gril pintu.
Si ayah pulak satu cerita, 2-3 jam sekali call rumah. Asyik panggil 'walid, walid'. Yang anak pulak bila dengar orang cakap "hello" mula ler dia lekapkan telinga pada handphone. Dah tu bila ayahnyer kata "bye-bye" dia melambai tangan pulak. Bila aku bagitau gelagat si anak, si ayah pun tangkap syahdu ler. Alahai ndak kata apa dah gitu kerjanyer
kena ler terima dengan hati yang redha. Sungguhpun gitu, tak pulak Syahir nie meragam. Pandai ler bawa diri dan tahu bila masa nak bermanja. Satu je yang buat aku rasa mengah bila tengok semua barang mainan, plastik sampah, pakaian dalam almari bersepah-sepah dikerjakannyer. Sebelum nie tak pernah pulak Syahir macam tu. Hai, mungkin itu salah satu cara dia mengisi kekosongan yang dialaminyer sekarang ni. Nak marah pun tak boleh sebab sekarang ni Syahir cukup sensitif. Pantang aku tegur mudah je nak menangis. Yalah sebelum nie kalau aku marah ada orang yang nak tolong 'sorok'kan dia.
Subuh tadi buat pertama kalinya sejak 4 bulan lalu dia tunggu aku habis solat. Aku perasan dia tak sambung tidur lepas menyusu. Dia duduk kat belakang aku diam-diam sampailah aku selesai baca doa dan bila aku tegur dia barulah dia bergerak salam tangan dan terus peluk aku. Rasa terharu pulak bila Syahir yang baru setahun ni dah pandai buat begitu. Biasanyer kalau dia bangun awal si ayah akan m
andikan terus, tapi aku ni pemalas sikit. Aku ajak dia sambung tidur so dapat ler aku bersiap pulak. Dah biasa bersiap lambat rasa lain pulak bila 7:30 pagi aku dah panaskan enjin kereta. ahaks..

5 ulasan:

fzi berkata...

Salam yus...
Terharu pulak akak baca posting yus kali ni... kesian syahir...akak faham camane perasaan yus... bila tengok anak macam mencari2 tu memang le kita la pulak yang rasa sedih... takpelah yus sabar je k...

kaklong69 berkata...

alahai siannya si comel tu.KL ada kursus kat kolej komuniti pasir gudang minggu ni.rabu hari last kelas.bagi lah address.kira dah dekat tu...kat email KL ya....
kaklong69@gmail.com

s@yangh@sni berkata...

fzi: dulu yus selalu demam bila kena tinggal. sekarang nie tak sanggup nak demam sama..kesian kat sikecik tu..hee..hee

kaklong: la kita ni dah dekat sangat yerr..nanti senang singgah lerr.
yus balik kerja 6.00 petang.

Orkid La berkata...

Salam buat Tuan rumah,
Sian juga bila baby ditinggalkan, apa nak buat demi masa depan baby tu juga. heheheh.....

Menurut amalan Ahli nujum Pak Belalang yg selalu saya gunakan bila kerja luar. Kain pelikat yg dah digunakan jgn dibasuh. Selimutkan atau dibalut pd bantal Baby. Baby akan hidu bau ayah dia seolah2 ada dekat situ.

s@yangh@sni berkata...

orkid,
budak dah setahun..
kalu dia rindu yus suruh jer ayah dia wat panggilan video..ahaks..

"hai nujum pak belalang"